Kementerian Pertahanan mengumumkan satu lagi inisiatif khas kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam usaha menjaga kebajikan para veteran dan seluruh isi keluarga.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien memaklumkan, penubuhan pusat panggilan atau Call Center bertujuan sebagai saluran perhubungan khusus kepada golongan terlibat dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).

"Melalui pusat panggilan ini, kita mahu mendengar segala masalah para veteran dan ahli keluarga. Justeru, saya menjemput semua anggota untuk memanfaatkan talian ini.

"Kongsikanlah berita, aduan atau apa jua makluman yang boleh membantu bagi kita menambah baik pengurusan ini agar kebajikan para veteran dapat memberi faedah kepada kumpulan yang memerlukan", ujarnya ketika berucap dihadapan kira-kira 15,000 anggota veteren ATM pada Perhimpunan Veteran ATM 2017 disini.

Sebelum ini, beberapa inisiatif dilaksanakan buat warga veteran ATM antaranya inisiatif perumahan (membina rumah mampu milik dan 1Malaysia Veteran House Repair Programme), pendidikan (Skim Bantuan Persekolahan dan Skim Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam untuk anak-anak anggota veteran) dan Kesihatan (Skim Bantuan Perubatan e-mass dan pembinaan Poliklinik Angkatan Tentera).

Sementara itu, dalam sidang media yang diadakan, Hishammudin berkata, insiatif yang diumumkan kerajaan menunujukkan solidariti kepada perajurit negara ini sentiasa dihargai.

Mengulas mengenai jumlah penerima BBN hanya 66,000 anggota berbanding 170,000 anggota veteran diseluruh negara, Hishammuddin berkata, buat masa ini bantuan memfokuskan kepada golongan yang sedang berhadapan masalah kos sara hidup.

"Sebab itu call center yang kita wujudkan khusus tertumpu kepada golongan yang mendapat manfaat, yang penting yang dapat manfaat hargai dan syukur. Yang baki tidak bermakna kita tidak akan terus membela mereka.

Sebab itu bila kita letak had penerima BR1M, mereka yang merupakan golongan betul-betul berhahadapan dengan maslaah kos sara hidup, sebab jumlah yang ada sekarang yang terhad, kita beri tumpuan pada itu, tapi saya harap yang lain sabar kerana yang paling penting melalui SAVe ada cut of period dimana nanti tidak ada lagi kategori yang tidak berpencen selepas ini," katanya.

Tambahnya, sokongan Perdana Menteri yang juga bekas Menteri Pertahanan membuktikan keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat adalah kunci utama dalam usaha membangun serta memartabatkan negara berdaulat.

Solidariti dan kekeluargaan antara warga pertahanan masih mantap kerana tanpa kestabilan dan kerukunan bernegara, nescaya usaha membina Malaysia akan terjejas.