BERIKUT adalah senarai berita pilihan pengarang Astro AWANI untuk minggu bermula 28 Dis, 2015 hingga 3 Jan, 2016.


Isnin, 28 Dis, 2015: Ahmad Maslan 'disekolahkan' netizen tentang beza kerja dan jawatan

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan menerima kritikan selepas beliau mengaku ada tiga kerja – sebagai Ahli Parlimen, Timbalan Menteri dan juga Ketua Penerangan UMNO.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.

Gambar personaliti berpengaruh di Instagram

Kompilasi foto-foto yang paling popular sepanjang 2015 yang disiarkan oleh beberapa personaliti di Malaysia, termasuk Menteri Belia dah Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, pendebat terbaik Asia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Gambar keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dimuat naik oleh beliau pada 20 Julai merupakan gambar paling popular beliau di Instagram tahun ini dengan 4,064 Likes.

Selasa, 29 Dis, 2015: Dividen dan bonus ASB dari tahun 1990-2015

Amanah Saham Nasional Berhad mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 7.25 sen seunit serta bonus 0.50 sen seunit bagi skim Amanah Saham Bumiputera untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.

Amanah Saham Bumiputera

Joseph Entulu kahwin wanita 27 tahun

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Selangau, Datuk Joseph Entulu Belaun, 61, dilaporkan telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan gadis berusia 27 tahun, Jacklyne Anthony.

Perkahwinan Joseph Entulu dan Jacklyne Anthony pada 26 Dis 2015.

Rabu, 30 Dis, 2015: 10 Foto Terbaik Astro AWANI Sepanjang 2015

Sebahagian dari detik-detik diingati yang dirakam menerusi lensa juru foto Astro AWANI, Shahir Omar sepanjang 2015.

Pengebumian Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada 13 Feb 2015.

Khamis, 31 Dis 2015: #SelamatkanZulkifli: Ini prosedur perundangan biasa, kata peguam

Kisah seorang lelaki, Mohammad Zulkifli Ismail, yang dilaporkan ditahan dan akan dituduh kerana didakwa membunuh perompak yang menceroboh rumahnya.

Gambar hiasan. Susulan tindakan Mohammad Zulkifli, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata walaupun seseorang itu berdepan dengan situasi jenayah, ia tidak memberi mangsa hak untuk membunuh.

Lelaki 'naik hantu' di JPJ Batu Uban akan didakwa

Rakaman video insiden seorang lelaki, Syed Amen Jainul Abdin, 45, yang menimbulkan kekecohan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan cawangan Batu Uban di Pulau Pinang, menjadi viral di media sosial.

Syed Amen Jainul Abdin di Mahkamah Majistret di George Town, Pulau Pinang pada 31 Dis 2015.


Jumaat, 1 Jan 2016: Mahu Qu Puteh taja The Red Warriors? Ini dua syarat Datuk Vida

Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang lebih dikenali sebagai "Datuk Vida" dilaporkan bersedia untuk menaja Persatuan Bola Sepak Kelantan yang bergelut dengan krisis kewangan.

Antara syarat Datuk Vida adalah untuk mengecat semula Stadium Sultan Muhammad IV dengan warna merah jambu.

Reka cerita 'diculik' kerana mahu bersama teman lelaki

Khabar seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang kononnya diculik dari kediamannya di Klang, disahkan polis sebagai tidak benar apabila remaja itu ditemui bersama teman lelakinya.

Sepanjang tempoh 'kehilangannya', remaja ini selamat menumpang di rumah kawan kepada teman lelakinya di Banting, atas kerelaannya sendiri.

Sabtu, 2 Jan 2016: 'Idris Haron perlu minta maaf dengan 'Sultan Melaka',' kata Syed Rosli

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron diminta segera memohon maaf kerana tuduhan gila kepada Sultan Melaka Darul Islam, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah yang mengaku dirinya adalah Sultan Melaka.

Idris sebelum ini telah memperlekehkan Raja Noor Jan Shah yang mengaku dirinya adalah Sultan Melaka.

Ahad, 3 Jan 2016: 'Mak, saya penat, bila nak 'repair' basikal untuk ke sekolah?'

Keluhan seorang ibu tunggal, Azizah Ashaari, 52, yang mempunyai 14 orang anak, tentang bagaimana dia tidak mampu untuk menampung perbelanjaan sekolah anak-anaknya.

Azizah (kanan) dan anaknya Fatimah Alzahra, 17, ketika menceritakan kisah mereka kepada Astro AWANI di kediaman mereka di Kampung Padang Jawa, Shah Alam pada 2 Jan 2016.