SELEPAS lawatan tiga hari Presiden Amerika Syarikat (POTUS) Barack Obama bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur minggu lalu, fokus meja pengarang tertumpu kepada berita dalam negara.

Berita pilihan pengarang sepanjang minggu ini bermula Nov 23 dengan lawatan Presiden India, Narendra Modi ke ibu negara untuk merasmikan 'Gerbang Torana' di Brickfields, di KL yang menjadi mercu tanda baharu hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gerbang itu adalah simbol sejarah hubungan erat jangka panjang dan berkekalan Malaysia-India sejak menjalinkan hubungan diplomatic 58 tahun lalu.

Brickfields
Najib (empat dari kiri) tersenyum ketika berjabat tangan dengan rakan sekerjanya, Modi sewaktu perasmian 'Gerbang Torana' di Little India, Brickfields di Kuala Lumpur, baru-baru ini. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Berita politik dalam negara kini turut menjadi topik hangat di kalangan pengamal media. Ahli-ahli UMNO sibuk membuat persediaan untuk Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang bakal berlangsung bermula Disember 8 ke 12 di Pusat Dagangan Dunia Putra, KL.

Persoalannya, mungkinkah perhimpunan politik gergasi ini yang bakal menyaksikan kehadiran ahli UMNO dari seluruh pelusuk negara tersebut, bakal merungkai pelbagai ‘drama politik’ masih menjadi tanya.

November 29, Ahad

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan keputusan UMNO merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri pada bulan depan akan dilakukan oleh ketua sayap masing-masing, bertujuan untuk ‘menutup’ mulut Tan Sri Muhyiddin dari bercakap.

Ahli politik veteran tersebut mengulas, ‘Muhyiddin perlu hadir dan duduk di atas. Berdasar protocol, Muhyiddin adalah orang kedua penting selepas Presiden.”

Mohamad
"Usah bercakap tentang demokrasi kalau hak bersuara dihalang," kata Dr Mahathir. - Gambar Fail

Dr Mahathir turut menyatakan kesanggupannya untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2015 pada bulan depan kerana katanya beliau telah menerima jemputan untuk hadir. Beliau turut berkata, ahli-ahli UMNO tidak wajar diharamkan dari menghadiri persidangan itu.

Peminat bola sepak hanya mampu menghela nafas kecewa terutamanya apabila Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa pulang kecewa selepas Felda United meranapkan impian skuad tersebut untuk merangkul kejuaraan ketiga selepas menjuarai Piala AFC dan Liga Super, apabila menyingkir pasukan pilihan dalam kempen Piala Malaysia itu dengan keputusan agregat 3-2 dalam satu perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di Johor Bharu malam Sabtu.

Stadium Larkin
Peminat JDT kecewa apabila skuad tersebut tumpas di laman sendiri dalam perlawanan pada malam Sabtu. - Gambar Bernama
Di Rembau, seorang lelaki dan isterinya yang sarat mengandung terkorban manakala anak lelaki mereka berusia dua tahun tercedera dalam satu kemalangan jalan raya di 14.7km Jalan Seremban.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar,menitahkan penjualan rokok elektronik atau vape adalah diharamkan di negeri tersebut.

Baginda memberi tempoh sebulan kepada semua peniaga vape di negeri itu untuk menutup premis perniagaan mereka bermula 1 Januari 2016.

pengguna
Trend menghisap 'vape' di kalangan anak muda sudah bermula sejak beberapa tahun lalu. - Gambar Fail

Dengan perkembangan terbaharu ini menjadikan negeri yang terletak di selatan tanah air ini sebagai negeri pertama di Malaysia yang mengharamkan penjualan vape.

November 28, Sabtu

Seorang bapa kepada remaja perempuan berusia 13 tahun membuat laporan polis susulan penemuan bukti anaknya telah melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki berusia 23 tahun.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata bapa mangsa terkejut apabila terbaca pesanan ringkas tentang kejadian tersebut melalui aplikasi WeChat di telefon bimbit milik anaknya.

telefon
Suspek dan mangsa telah bertemu pada November 20 dan mengajak mangsa untuk melakukan hubugan seks di sebuah tandas di Plaza Kranji di Perak. - Gambar Fail

Charles Suresh Morais seorang pengecut!’ Berikut adalah apa yang diucapkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyifatkan Charles seorang yang pengecut dan tidak bertanggungjawab selepas dia mengeluarkan pelbagai kenyataan.

Media sosial dan portal berita melaporkan baru-baru ini Charles membuat pelbagai dakwaan berhubung kes pembunuhan abang itu, antaranya (Kevin) terlibat dalam siasatan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Morais
Mayat Kevin ditemui di dalam sebuah tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya dekat Subang pada September selepas beliau dilaporkan hilang pada September 4. Kali terakhir mendiang kelihatan meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta untuk ke pejabatnya di Putrajaya. - Gambar Fail

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Malta untuk menyertai Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) Ke-24.

Beliau yang mengetuai delegasi Malaysia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Malta pada pukul 9.30 malam waktu tempatan (4.30 pagi Sabtu waktu Malaysia) dengan turut diiringi isterinya Datin Seri Hamidah Khamis.

Hamidi
Ahmad Zahid di CHOGM. - Gambar Bernama
November 27, Jumaat

Polis mengambil keterangan daripada Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berhubung pertemuan kontroversinya dengan Jacel H. Kiram, anak perempuan bekas ketua pengganas yang menceroboh Lahad Datu, Sabah pada 2013.

Perbuatan itu menimbulkan kemarahan rakyat Sabah dan keluarga mangsa yang terkorban di Lahad Datu sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam meluluskan usul menghalang beliau dan Anggota Parlimen Batu, Tian Chua daripada memasuki negeri itu.

Serangan
Pencerobohan Lahad Datu yang menggemparkan negara pada 2013. - Gambar Fail

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad menyarankan kerajaan supaya mengharamkan penjualan rokok elektronik (vape) dan shisha stick agar sejajar dengan keputusan bahawa hukum menghisap vape dan shisha stick adalah haram.

haram
Wajarkah vape diharamkan di negara ini? - Gambar Fail
Beliau berkata selaras dengan keputusan pengharaman itu, kerajaan juga perlu mengambil kira perkara yang menyumbang kepada aktiviti berkenaan.


November 26, Khamis

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengarahkan seorang pengguna Facebook bernama Faisal bin Rohban untuk disoal siasat dan ditahan kerana menghasut.

logo
Logo Facebook - Gambar Fail
Dalam perkembangan berlainan, Khalid berkata PDRM akan memanggil Charles Suresh Morais berhubung satu laporan bahawa beliau mempunyai maklumat tertentu berkaitan kes pembunuhan mendiang abangnya, Anthony Kevin Morais.

Beliau turut menasihati Charles Suresh untuk tidak menyembunyikan sebarang maklumat kerana tindakan itu boleh dianggap satu kesalahan.

November 25, Rabu

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan membentangkan Laporan Pengurusan Kawalan Tadbir Urus Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Parlimen selewat-lewatnya Mac tahun depan.

Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata jawatankuasa itu telah mendengar keterangan daripada bekas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan akan memanggil beberapa orang lagi termasuk Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda untuk memberi keterangan.

skandal
Sesi PAC pertama yang membabitkan 1MDB telah diadakan di Mei 19, sesi kedua pada Jun 10 dan ketiga pada Jun 17. - Gambar Fail

Beberapa petunjuk musibah banjir akan berterusan di beberapa buah negeri di Pantai Timur semakin jelas. Tiga pusat pemindahan banjir telah dibuka sejak 7.30 petang Selasa bagi menempatkan 81 orang dari 14 keluarga akibat banjir.

pahang
Gambar fail yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki membersihkan rumahnya selepas ranap dilanda banjir di Kuantan, Pahang tidak berapa lama dahulu. - Gambar Fail

November 24, Selasa

Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada dua pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta dan dua pertuduhan berkaitan menggunakan dana syarikat.

fail
Mohamad Salleh (kanan) dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Islamic Bank Bhd di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail di antara Disember 1 dan Disember 4, 2009. - Gambar Fail

Sebagai langkah bersiap sedia, portal Astro AWANI (www.astroawani.com) menyediakan senarai langkah-langkah persediaan menghadapi, sebelum dan selepas banjir bagi menghadapi bencana banjir yang berkemungkinan berlaku pada bila-bila massa.

Lihat senarai komprehensif kami di sini!


November 23, Isnin

Perasmian Mestyuarat Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri pada bulan tidak akan dirasmikan oleh Naib Presisden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu digembar-gemburkan dan sekaligus meninggalkan impak ke atas parti itu.

Yassin
Mungkinkah Muhyiddin akan menghadiri Perhimpunan Agong UMNO 2015 masih menjadi tanda tanya. - Gambar Fail

Beberapa ahli veteran UMNO menyifatkan debat berpanjangan yang berlaku di kalangan ahli-ahli UMNO hanya akan melemahkan ahli politik Melayu terbesar itu terutamanya di peringkat akar umbi.