"Beri kami ruang dan masa untuk tunaikan janji," kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai pelaksanaan janji manifesto Pakatan Harapan (PH) selepas berjaya membentuk kerajaan susulan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Menyedari PH kini 'diserang' pembangkang yang menuntut janji-janji PRU14 dilaksanakan segera, Dr Wan Azizah berkata kerajaan sedang berusaha melunaskan segala janji.
Katanya PH baru sebulan mengambil alih pentadbiran negara, dan masih mempunyai masa terutama dalam menunaikan 10 inisiatif yang dijanji dilaksanakan dalam 100 hari pemerintahan.
"Kita perlukan pembangkang yang baik untuk semak dan imbang, tetapi ini baru 30 hari, ada 70 hari lagi.
Jadi kita ada sedikit ruang...ada 70 hari lagi, sabar dan tunggu. Insya-Allah kita akan tunaikan sedaya upaya yang kita boleh," katanya dalam temu bual dengan Bernama.
Bagaimanapun, Dr Wan Azizah berkata beberapa inisiatif telah mula dilaksanakan seperti kadar sifar peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), yang kemudiannya akan dimansuhkan pada sesi pertama sidang Dewan Rakyat tahun ini.
"Harga petrol RON95 stabil dan tidak diapungkan, jadi lain-lain kita usahakan supaya pengauditan dilakukan dan bagaimana kita mengurus kerajaan itu telah berjalan dan boleh dilihat," katanya.
Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata pihaknya juga sedang berusaha merealisasikan skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada suri rumah.
"Cuma pada masa ini, ada kekangan sedikit kerana Seksyen 51 Peraturan KWSP, tidak memberikan ruang pengambilan dua peratus daripada 11 peratus caruman suami kepada isteri yang tidak bekerja. Ini kita cuba mengatasinya," katanya.
Jelas beliau, PH membuat janji-janji berdasarkan anggaran maklumat yang diperoleh sebelum memenangi PRU14 pada 9 Mei lepas.
Namun, katanya, setelah mengambil alih Putrajaya, barulah mereka menyedari situasi sebenar kewangan dan kelompongan tadbir urus kerajaan sebelum ini.
Antara 10 janji 100 hari PH yang lain termasuk mengembalikan semula subsidi minyak secara bersasar; menangguhkan pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi individu berpendapatan bawah RM4,000; menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda dan menyamaratakan gaji minimum.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 10 2018
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika ditemu ramah eksklusif bersama BERNAMA di kediaman rasmi Seri Satria, 10 Jun, 2018. --fotoBERNAMA
PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong, 9 menentang dan 25 berkecuali.
Gelombang haba ragut 61 nyawa setakat ini di Thailand
Gelombang haba luar biasa dengan suhu yang dirasai melebihi 52 darjah Celsius setakat ini telah meragut 61 nyawa di Thailand.
Kira-kira 110,000 warga Palestin melarikan diri dari Rafah - UNRWA
UNRWA berkata tiada tempat yang selamat di Semenanjung Gaza untuk rakyat Palestin ketika keadaan hidup amat teruk.
Hubungan dengan Malaysia baik tetapi masih ada isu untuk diselesaikan pengganti, kata PM Lee
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, berkata hubungan republik itu dengan Malaysia "umumnya baik" tetapi masih ada beberapa isu yang perlu diselesaikan penggantinya.
Dua lelaki ditahan bantu siasatan pusat hiburan dibaling bom petrol
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tempatan berkenaan ditahan pukul 3 petang di sebuah rumah.
Tumpuan Sabtu - 11 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Premis MARA dijadikan stor, tidak dibuka diberi notis dua bulan pengosongan - Asyraf
Premis-premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dijadikan stor atau tidak dioperasikan seperti dalam perjanjian, akan diberi notis dua bulan untuk dikosongkan.
10 Berita Pilihan - (10 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PRK KKB: Jangan bimbang keluar mengundi kerana keselamatan terjamin - KP Selangor
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini kerana keselamatan dan ketenteraman awam adalah terjalin.
Malaysia sedia perkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran Lawrence Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia bersedia untuk terus memperkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran bakal Perdana Menteri republik itu yang baharu, Lawrence Wong.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Penerbitan ilmiah mampu tinggikan martabat bahasa Melayu - Pakar
Faktor seperti kemajuan sains dan teknologi, kesungguhan pemimpin dan budaya, antara cabaran utama dalam usaha mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu.
Kerajaan sentiasa berhati-hati dalam keputusan berkaitan pembaharuan percukaian negara - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata kerajaan sentiasa berusaha untuk mengimbangi kesan pelaksanaan dengan menyediakan jaringan sosial untuk rakyat.
Isu cukai, TVET, masalah bekalan air antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu cukai, TVET, masalah bekalan air dan elektrik di Labuan antara yang jadi tumpuan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
LHDN kutip cukai RM183.3 bilion pada 2023, tertinggi dalam sejarah
Beliau merakamkan penghargaan kepada semua pembayar cukai yang menyumbang kepada pendapatan negara.
Program memfail borang nyata cukai keuntungan modal mulai 1 Mac 2024
Pelupusan aset modal tersebut bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 29 Februari 2024 adalah dikecualikan cukai.
Kerajaan akan gubal undang-undang Cukai Barang Bernilai Tinggi - Ahmad Maslan
Kerajaan akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan Cukai Barang Bernilai Tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus terhadap barang bernilai tinggi tertentu.
New Zealand batal larangan generasi merokok, bantu tampung pemotongan cukai
New Zealand akan membatalkan larangan generasi merokok untuk membantu menampung pemotongan cukai yang dijanjikan.
'Influencer’ tunjuk mewah dipantau LHDN
LHDN telah mengenal pasti pempengaruh atau influencer di media sosial serta individu yang gemar menayang wang tunai dan kemewahan bagi memastikan mereka tidak lari daripada membayar cukai.
Aktiviti pengumpulan dana dapat diteruskan menerusi pengecualian CGT - SC
SC menyambut baik langkah itu kerana kerajaan telah mempertimbangkan langkah dalam mengimbangi keperluan untuk meluaskan asas cukai.