Ini jawapan Najib bila kena kutuk kenapa dulu tak jumpa Orang Asli

Ini jawapan Najib bila kena kutuk kenapa dulu tak jumpa Orang Asli
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab tuduhan netizen yang mempersoalkannya kenapa baru sekarang dilihat turun padang berjumpa dan menolong orang asli di Cameron Highlands.
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab tuduhan netizen yang mempersoalkannya kenapa baru sekarang dilihat turun padang berjumpa dan menolong Orang Asli di Cameron Highlands. 

Tegasnya, semasa Barisan Nasional (BN) menjadi kerajaan, pembangunan Orang Asli tidak pernah dipinggirkan dan peruntukan untuk mereka sentiasa ada dalam belanjawan negara. 
 "Tak apalah, hari ini saya jadi Cikgu buka kelas Pengetahuan Am. Pada tahun 2011, siapa ingat lagi kejadian tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands? Ada seramai 7 orang yang maut dan 2 lagi parah. Banyak rumah di sini yang ditimbus tanah runtuh dan banjir lumpur. 
Penduduk di sini perlukan bantuan bukan sahaja dari segi pemindahan ke tempat selamat tetapi membina semula kehidupan dan perumahan mereka. 

"Lihatlah gambar-gambar saya ini. Rumah yang lebih moden dan selesa. Ya, sayalah yang luluskan Bajet untuk bantu mereka bina semula perkampungan mereka.  Ya, saya sendiri juga yang ke sini melihat kemajuan projek itu pada 2016," katanya melalui status di Facebooknya. 

"Setiap tahun, setiap Bajet sudah tentu ada peruntukan untuk Orang Asli. Tidak perlulah nak ikut sangat Lim Kit Siang itu persoal sumbangan saya dan Barisan Nasional kepada masyarakat Orang Asli. Sesat jalan nanti terpaksa u-turn,' ujarnya. 

 


Tag: Najib Razak, Lim Kit Siang, Barisan Nasional, Pakatan Harapan, 2016, Cameron Highlands, banjir, Perdana Menteri, Parlimen, maut, kerajaan, orang asli, tanah runtuh, bajet, menteri, rumah


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.