Empat badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis mendesak supaya polis mengambil tindakan terhadap wakil rakyat DAP, Teresa Kok berhubung pembikinan klip video 'Onederful Malaysia'.
Empat NGO tersebut, Persatuan Aduan Rakyat, Persatuan Inspirasi Melayu Gombak (IMPAK), Persatuan Pemilik-Pemilik Telefon Bimbit Malaysia (PERBIT) dan Gabungan NGO Daerah Gombak, membuat laporan polis terhadap Teresa yang dianggap menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta kerajaan.
Pengerusi Persatuan Aduan Rakyat, Datuk T. Murugiah berkata laporan itu meminta polis bertindak terhadap pihak yang terbabit dalam mengarah dan menerbit klip video yang disifatkan boleh menggugat perpaduan kaum.
"Klip yang tersebar luas ini telah mengutuk Perdana Menteri, isterinya dan mengkritik kerajaan. Malahan klip ini mampu mencetuskan masalah perkauman dengan melaga-lagakan kaum di negara ini. Kami meminta polis menyiasat dengan segera.
"Kami juga berharap Teresa Kok meminta maaf dan menarik balik klip video itu," katanya selepas membuat laporan polis kira-kira pukul 1.30 tengah hari di Balai Polis Gombak pada Ahad.
Sementara itu, Timbalan Presiden Impak, Muhammad Naguib Kaharuddin meminta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat secara menyeluruh berhubung klip video terbabit.
Sebelum itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengecam tindakan Teresa dan berpendapat anggota parlimen Seputeh itu perlu dikenakan tindakan.
Mohd Shafie berkata video bertajuk 'Onderful Malaysia' turut memaparkan seorang tetamu yang mempersendakan masyarakat Lahad Datu
Pada Sabtu, Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan berpendirian tegas mengutuk keras tindakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kerana menghasilkan video ucapan Tahun Baru Cina yang bersifat sindiran.
Ketuanya, Muhammad Rafii dalam satu kenyataan menuntut kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap Teresa di bawah Akta Hasutan 1948 kerana tindakan itu jelas mahu menghasut masyarakat Cina membenci kerajaan.
“Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara, ada video ucapan Tahun Baru Cina yang disampaikan sebegitu rupa khususnya dari Ahli Parlimen berbangsa Cina," katanya dalam satu kenyataan media.
Bagaimanapun, Teresa dalam kenyataannya pula menganggap video yang dihasilkan hanyalah bersifat gurauan dan sindiran politik.
“Kami hanya mahukan Tahun Baru Cina yang menyeronokkan. Setiap tahun saya akan membuat video bersifat sindiran yang menarik dan menyeronokan.
“Penonton saya kebanyakannya adalah kaum Cina dan ini hanya untuk Tahun Baru Cina. Anda dapat melihat banyak program feng shui mula dipaparkan untuk Tahun Baru Cina. Ianya berdasarkan perkara ini dan hanyalah satu gurauan, sindiran politik, saya tidak melihat ia satu perkara yang salah,” jelas Teresa kepada Astro AWANI.
Klip video berdurasi 11 minit 39 saat itu memaparkan empat individu termasuk Teresa sedang berbual dan membincangkan pelbagai isu berkaitan kaum dan negara.
Astro Awani
Mon Feb 03 2014
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Sindiran tidak lemahkan semangat buruh binaan jual tudung wanita
Pemuda berusia 33 tahun ini bekerja sebagai buruh binaan namun kehilangan punca pendapatan apabila berlakunya wabak COVID-19.
Bahasa kiasan dalam filem P. Ramlee teguran terhadap masyarakat masa kini
Istilah demokrasi terpimpin mula bermain di bibir masyarakat pada zaman itu dan ia relevan sehingga pada zaman pemerintahan negara pada hari ini.
Chef Wan berang, balas sindiran Najib Razak
Chef Wan berang disindir oleh Najib Razak. Sifatkan bekas Perdana Menteri itu dengki dengan beliau.
'Curilah, malu apa bossku!' - sindiran Tun Dr Mahathir
Tulisannya ringkas, namun mesej di sebalik artikel bertajuk "Budaya Baru" dilihat penuh sindiran.
Dewan Rakyat bermula dengan sindiran
Kekecohan bermula apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (PH-Bagan) menerima soalan tambahan daripada Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) daripada soalan pertama berkaitan percukaian.
'Pak Lebai berjalan pilih BN'
Gambar orang memakai serban dan jubah berwarna hijau yang dipaparkan berjalan ke arah lambang BN jelas menunjukkan ia suatu sindiran terhadap Pas.
Izara Aishah, Meghan Markle carian tertinggi Google
Google Trends pada Rabu menyenaraikan kata kunci carian terbanyak dilakukan oleh masyarakat seluruh dunia mengenai carian nama pelakon dalam enjin carian Google.
Teresa Kok akan dibawa ke mahkamah jika cukup bukti - Wan Junaidi
Sekiranya polis mendapati Kok telah melanggar undang-undang dan Peguam Negara yakin terdapat cukup bukti terhadapnya, kes itu akan dibawa ke mahkamah.
Isu video Tahun Baru Cina Teresa Kok: Empat NGO buat laporan polis
Laporan polis dibuat supaya Teresa Kok diambil tindakan segera kerana menghina Perdana Menteri dan kerajaan.
Teresa Kok: Ia hanya satu video jenaka sindiran
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menjawab dakwaan video sindirannya bersifat menghasut.