Jenazah anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar Datuk Mohd Shohaimi Jusoh selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gambang di sini, tengah hari tadi.
Mohd Shohaimi, 55, meninggal dunia di rumahnya di Sungai Isap Damai di sini, pada kira-kira 4.15 pagi tadi.
Beliau meninggalkan seorang isteri Datin Rohaizan Yatim, 52, enam orang anak berusia antara 15 hingga 26 tahun.
Menurut anak kedua arwah, Mohd Irwan Afendi, 25, ayahnya yang menghidap kencing manis hanya demam sejak seminggu lalu, namun semakin pulih dan kelihatan ceria semalam.
"Pada pukul 4 pagi, emak memanggil saya dan tiga adik yang berada di rumah untuk membantu mengangkat ayah yang lemah di tandas. Kami membawanya ke bilik dan menghubungi ambulans. Waktu itu nafas ayah begitu laju.
"Pegawai perubatan kemudiannya mengesahkan ayah sudah tiada, selepas beberapa kali melakukan melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR)," katanya kepada pemberita semasa ditemui di tanah perkuburan hari ini.
Beliau menyifatkan ayahnya sebagai seorang yang penyayang walaupun ada masanya tegas dengan anak-anak.
Terdahulu, jenazah Mohd Shohaimi yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Paya Besar disolatkan di Masjid Sungai Isap pada kira-kira 11.45 pagi, yang disertai kira-kira 1,000 orang.
Antara yang menziarahi jenazah ialah Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Turut sama menziarahi jenazah adalah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, anggota mesyuarat majlis kerajaan, ADUN dan pengarah jabatan di Pahang.
Sementara itu, anggota Parlimen Paya Besar Datuk Seri Abdul Manan Ismail berkata beliau kehilangan seorang rakan dan seorang wakil rakyat yang sangat komited untuk membantu rakyat. Lepar terletak di bawah Parlimen Paya Besar.
Abdul Manan berkata arwah tetap meluangkan masa mengikuti program di sekitar Parlimen Paya Besar walaupun tidak sihat termasuk program penyampaian sumbangan pada Khamis lalu, yang merupakan pertemuan terakhir mereka.
"Rutin arwah untuk keluar berjumpa orang ramai setiap 9 pagi, pulang ke rumah lewat petang dan sekali lagi keluar pada sebelah malam untuk berjumpa sesiapa sahaja yang mahu bertemunya.
Masa arwah lebih banyak diluangkan di luar berbanding keluarga. Begitu komitednya arwah dalam bekerja. Beliau juga sepatutnya menghadiri satu majlis di sekolah kebangsaan Cina di sini pagi ini," katanya.
Abdul Manan menyifatkan arwah sebagai seorang yang sangat menghormati ADUN Lepar Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman yang dianggapnya sebagai 'guru' merupakan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar manakala arwah adalah setiausaha bahagian ketika itu, sehingga berkeras menolak apabila namanya dicalonkan pada pilihan raya umum ke-12.
"..arwah bimbang jika beliau tidak dapat menggalas tanggungjawab itu dengan baik... sedangkan sehingga ke akhir hayatnya arwah sentiasa mendedikasikan masanya dengan kerja dan masyarakat," katanya.
Abdul Manan juga berkata arwah baharu dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Belia Yayasan Felda pada Oktober lalu, dan hanya sempat menghadiri dua mesyuarat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 31 2017
Tengku Abdullah bersama Adnan serta orang ramai menunaikan solat jenazah untuk ADUN Lepar Datuk Mohd Shohaimi Jusoh di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Sungai Isap Perdana hari ini. --fotoBERNAMA
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
ADUN Jepak meninggal dunia
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang pada jam 7.15 malam sebelum dikebumikan sekitar jam 9 malam.
40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.
40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah 29 Ogos - Ketua Menteri
Sebanyak 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dijadual mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.
PRN: Calon veteran diganti orang muda perkara biasa dalam parti - Teo
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata pertukaran calon veteran kepada calon muda pada pilihan raya, merupakan perkara biasa dalam mana-mana parti.
PRN Kedah: 'Gelombang hijau' masih bergelora atau bakal berubah?
Status Kedah sebagai 'swing state' atau senario politik negeri sering berubah, bakal ditentukan pada PRN kali ini.
DUN Sabah lulus RUU Antilompat Parti
DUN Sabah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 berkaitan antilompat parti.
Kerajaan Perak stabil, 'very bad' kalau Pesuruhjaya Pas bohong - Saarani
Saarani minta semua pihak berpolitik secara bertanggungjawab dan tidak mencetuskan polemik yang tidak bermanfaat, hanya mengundang resah.