Kerajaan Johor bakal menghantar misi bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami di Palu dan Donggala, Sulawesi Tengah, dalam usaha meringankan beban ditanggung mangsa bencana alam itu.
Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian berkata seramai enam orang wakil delegasi kerajaan negeri akan menyertai misi bantuan kemanusiaan berkenaan yang akan diketuai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri Dr Sahruddin Jamal.
"Bantuan bernilai RM315,000 itu berupa peralatan termasuk khemah, penjana kuasa elektrik dan bekalan air bersih kepada penduduk berkenaan. Diharapkan dengan adanya bantuan ini dapat meringankan beban mangsa bencana tsunami di Palu," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Selain Dr Sahruddin, turut akan menyertai misi itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri Aminolhuda Hassan; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri Mohd Khuzzan Abu Bakar; seorang wakil masing-masing daripada Jabatan Kesihatan, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Sukarelawan JDT.
Osman berkata bagaimanapun, kerajaan negeri masih belum menetapkan tarikh pelepasan bagi delegasi itu berikutan masih lagi menunggu kebenaran daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk membolehkan delegasi berlepas ke Palu, ditambah kawasan itu masih lagi berlaku gempa bumi susulan.
"Saya juga difahamkan sehingga kini, masih lagi berlaku gempa bumi susulan kecil dan dijangka berterusan. Saya menyeru agar rakyat yang terjejas di sana mengambil langkah-langkah keselamatan dan mematuhi nasihat pihak berkuasa tempatan, selain sentiasa mengikuti perkembangan berita terkini dan saling berhubung dengan ahli keluarga," katanya.
Sambil menzahirkan rasa sedih dan simpati terhadap mangsa yang terjejas akibat bencana yang berlaku, Osman berharap bantuan yang dihulurkan itu nanti dapat membantu menyokong bantuan darurat di kawasan bencana, sekali gus meringankan beban yang dihadapi mereka.
"Saya yakin Indonesia akan dapat bangkit daripada tragedi ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 10 2018
Usaha untuk pulih daripada kesan pasca bencana alam di Palu dan Donggala memerlukan sokongan banyak pihak. - Gambar fail
Kumpulan pertama 284 jemaah haji berlepas ke tanah suci tengah malam tadi
Penerbangan Malaysia Airlines MH8050 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 ke Madinah itu berlepas pada 12.05 tengah malam dan dijangka tiba di Lapangan Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada 3.50 pagi waktu tempatan.
[TERKINI] JDT kecewa Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kecewa dengan keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan Liga Super Malaysia dan Piala Sumbangsih pada hari Jumaat.
E-Mutiara mohon pertambahan bas MRD di Kelantan
Syarikat bas E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) memohon Kementerian Pengangkutan untuk menambah bilangan bas mini Mutiara Rentas Desa (MRD) yang kini menjadi pengangkutan awam pilihan rakyat Kelantan.
Letupan bom Narathiwat: Ibu mengandung antara dua rakyat berdepan detik cemas
Dua rakyat Malaysia antara empat individu yang cedera dalam satu letupan bom di Narathiwat, yang berlaku pada 9.35 malam.
JDT kecewa Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih
JDT harap Selangor FC dapat mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak hadir dari perlawanan ini.
Kerajaan Kelantan salur RM300,000 untuk jemaah haji
Bantuan disalurkan menerusi Tabung Haji untuk membantu melancarkan urusan jemaah bagi Musim Haji 1445H/2024M.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji berlepas ke Tanah Suci
Kumpulan pertama 282 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci pada tengah malam tadi dengan penerbangan Malaysia Airlines.
Tiga remaja sesat di Gunung Keriang semasa cari batu kristal
Dua lagi pendaki menemui jalan keluar dan bergegas turun untuk meminta bantuan.
Faisal seorang yang ‘kebal’ - Ayah
Doa Abdul Halim buat anaknya tidak pernah putus selain berterima kasih kepada semua pihak yang turut prihatin dengan apa yang menimpa Faisal.
Lelaki OKU maut, ibu cedera dalam kejadian samun di rumah
Mangsa yang juga OKU bisu ditemui maut dalam keadaan mulutnya ditampal pita pelekat manakala ibunya yang berusia 70 tahun luka pada jari kanan.
Johor bakal hantar misi bantuan kemanusiaan ke Palu
Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian berkata seramai enam orang wakil delegasi kerajaan negeri akan menyertai misi bantuan kemanusiaan itu.