Rakyat berperanan dalam menjamin keselamatan negara dengan memastikan mereka tidak terpengaruh dengan fahaman militan dan eksremis yang bukan sahaja boleh menggugat keselamatan malah kesejahteraan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata keamanan yang dikecapi negara kini membolehkan rakyat khususnya umat Islam menyambut Aidilfiltri dengan keadaan aman dan harmoni.
Katanya tugas-tugas menjaga keselamatan negara bukan hanya terletak di bahu pasukan keselamatan yang sedang menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan cergas dan pantas untuk melindungi negara daripada ancaman-ancaman di sempadan.
"Hari ini kita melihat bahawa keamanan dan keselamatan (negara) amat terjamin dan tanpa itu, tidak mungkin kita dapat menyambut Hari Raya secara bebas. Saya ingin menyatakan kawalan yang paling selamat adalah daripada rakyat sendiri.
"Kalau rakyat tidak terpengaruh dengan fahaman militan dan ekstremis, kita dapat menyambut Hari Raya dalam keadaan bebas tanpa rasa gusar dan ketakutan. Inilah mesti kita pertahankan selama-lamanya," katanya.
Najib berkata demikian dalam temu ramah lintas langsung bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di sini, yang bermula pada 10 pagi hingga 4 petang ini.
Tambah Najib, "Kita dapat merasai dan menikmati kebebasan agak terjamin dengan kawalan keselamatan yang baik pada majlis hari ini. Ia memperlihatkan keamanan negara kita terus terjamin tanpa sebarang insiden tidak diingini".
Kepada satu soalan, perdana menteri berkata perpaduan merupakan asas penting untuk menjamin keutuhan dan kestabilan politik yang akan memberikan keyakinan kepada semua.
"Kalau negara ini aman dan stabil kerana kita bersatu padu dan menghormati satu sama lain, saya percaya Malaysia merupakan negara yang terus berjaya dan maju," katanya.
Ditanya mengenai sambutan rumah terbuka kali ini, Najib menyifatkan sambutannya luar biasa dan menggambarkan ia dengan dua perkataan iaitu 'ramai dan kepelbagaian'.
"Saya berasa bahawa Rumah Terbuka ini adalah acara yang sangat bermakna kepada rakyat dan kepada saya sebagai perdana menteri sebab hari ini saya dapat membuka pintu Seri Perdana kepada pelbagai kaum. Ini merupakan satu sambutan yang lengkap yang memperlihatkan keceriaan yang spontan.
"Saya diberitahu bahawa orang ramai sedang beratur sehingga ke jalan utama. Saya terharu mereka datang dari jauh dan dekat kerana mahu memastikan hubungan rakyat dan pemimpin terus kukuh sehingga menunggu berjam-jam untuk bersalam dan bermaafan," katanya.
Najib juga berharap semangat perpaduan dan silaturahim serta semangat cintakan Malaysia bukan sahaja menyerlah pada hari ini, tetapi pada setiap masa kerana ia merupakan sumber kekuatan dalam memacu Malaysia ke hadapan.
Sementara itu, isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor memuji pengorbanan anggota keselamatan yang bertugas termasuk di sempadan negara dengan terpaksa berjauhan daripada keluarga pada sambutan hari mulia ini.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak bergaduh sesama sendiri, tetapi sebaliknya sentiasa bermaafan bagi mengeratkan hubungan antara saudara mara dan rakan-rakan.
"Marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan dan keamanan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 25 2017
Keamanan yang dikecapi negara kini membolehkan rakyat khususnya umat Islam menyambut Aidilfiltri dengan keadaan aman dan harmoni. -fotoBERNAMA
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.
Aliran trafik tinggi, perlahan susulan perantau mula pulang ke ibu kota
Aliran trafik tinggi ke Kuala Lumpur dari Karak ke Tol Bentong dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah sehingga Gombak.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
'Masuk rumah rasa lain' - Terkesan pemergian nenek, Zizan Razak jarang beraya di Terengganu
Anggap raya sebagai waktu berehat, Zizan bagaimanapun memberitahu dia mungkin akan pulang ke pantai timur hanya untuk berjumpa bapanya