Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menghasilkan Pelan Holistik Penguatkuasaan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang lebih komprehensif sebagai langkah memperkukuh tadbir urus dan menambah baik sistem kerja penguatkuasaan sedia ada.
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelan itu bertujuan mengatasi masalah kebanjiran PATI di negara ini dengan melibatkan kerjasama strategik antara pelbagai kementerian dan agensi berkaitan.
Ia akan turut melibatkan peranan kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam usaha membanteras PATI.
"Objektif pelan ini adalah mewujudkan satu ekosistem yang tidak selesa kepada PATI dalam meneruskan kehidupan seharian mereka melalui pendekatan mendaya upaya agensi penguatkuasa dan kawal selia sedia ada serta meningkatkan kerjasama strategik dan kesedaran masyarakat setempat," kata Muhyiddin dalam kenyataan hari ini.
Beliau menjelaskan pelan yang akan dilaksana dalam tempoh lima tahun itu akan menggariskan pelan tindakan membanteras PATI berdasarkan lima strategi.
Lima strategi itu ialah:
- Strategi Operasi Penguatkuasaan PATI yang menggariskan pelan pelaksanaan berkaitan operasi penguatkuasaan membanteras PATI di seluruh negara;
- Strategi Perundangan dan Dasar Penguatkuasaan PATI yang menggariskan pelan pelaksanaan penggubalan undang-undang dan penyelarasan dasar berkaitan penguatkuasaan PATI;
- Strategi Kawalan Sempadan dan Pintu Masuk yang menggariskan pelan pelaksanaan pemantauan kawalan keselamatan di sempadan dan pintu masuk negara;
- Strategi Pengurusan Warga Asing yang menggariskan pelan penyelarasan dasar berkaitan warga asing; dan
- Strategi Strategi Media dan Publisiti yang menggariskan pelan pelaporan media, publisiti dan program kesedaran berkaitan PATI.
KDN, kata Muhyiddin, sedar senario kebanjiran PATI di Malaysia menjadi isu nasional yang masih belum dapat diatasi secara menyeluruh.
"Masalah ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat kerana ia bukan sahaja menyentuh aspek keselamatan negara dan keselamatan persempadanan tetapi turut memberi impak cukup besar terhadap kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi," kata beliau.
Beliau menegaskan KDN melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan kerjasama agensi penguatkuasaan lain terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan terus menjalankan operasi penguatkuasaan secara berterusan di lokasi yang dikenal pasti menjadi tumpuan warga asing.
Muhyiddin berkata dari 1 Jan hingga 4 Jun lalu, JIM melaksanakan 7,940 operasi melibatkan pemeriksaan hampir 100,000 warga asing yang menjurus kepada tindakan undang-undang diambil terhadap 23,295 PATI.
Warga Indonesia merupakan PATI yang paling ramai ditangkap iaitu 8,011 (34 peratus), diikuti Bangladesh (5,272 orang; 23 peratus) dan bakinya merangkumi warga Myanmar, Filipina, Thailand dan lain-lain.
Selain itu, dalam tempoh lima bulan iaitu 1 Jan hingga 1 Jun 2019, seramai 26,116 PATI telah diusir ke negara asal.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 09 2019
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelan itu bertujuan mengatasi masalah kebanjiran PATI di negara ini. - Gambar fail/BERNAMA
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
PIKM saran dapatkan khidmat pengawal peribadi berlesen
Syarikat itu juga perlu ada perlindungan insurans bagi memastikan kebajikan pekerja terjaga sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.
Kerajaan akan wujudkan RUU baharu pertingkat keselamatan di pintu masuk negara - Fahmi
Kerajaan akan mewujudkan satu rang undang-undang (RUU) baharu bagi meningkatkan tahap keselamatan di semua pintu masuk negara, kata jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil.
Isu stoking kalimah Allah: KDN terus pantau trend menghasut, tindakan melampau - Saifuddin
KDN diarahkan untuk memantau trend menghasut dan tindakan melampau dilakukan mana-mana rakyat Malaysia dalam isu stoking tertera kalimah Allah.
Isu pelancong asing 'overstay', JKPK panggil wakil KDN dan JIM
Wakil kementerian juga diminta memberikan taklimat berkenaan prosedur dan pemantauan aktiviti ejen pelancongan tidak berdaftar.
Isu kewarganegaraan: Jemaah Menteri setuju dengan tujuh cadangan pindaan Perlembagaan
Kerajaan bersetuju dengan tujuh daripada lapan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan isu kewarganegaraan yang dikemukakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Kewarganegaraan: KDN sudah buat keputusan 3,903 permohonan
Kementerian Dalam Negeri telah membuat keputusan terhadap 3,903 permohonan taraf kewarganegaraan membabitkan individu bawah 21 tahun setakat 7 Mac.
Biar Sanusi fokus bangunkan Greater Kedah - Saifuddin
Saifuddin percaya fokus Muhammad Sanusi ialah membangunkan Greater Kedah, walaupun Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri belum pernah diadakan setakat ini.
DSA NATSEC Asia 2024: Kontrak, MoU bernilai lebih RM5 bilion bakal dimeterai
Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 dari 6 hingga 9 Mei, bakal menyaksikan pemeteraian kontrak dan memorandum persefahaman bernilai lebih R
KDN selesai 14,000 permohonan warganegara sebelum 31 Disember
KDN akan menyelesaikan baki 14,000 permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan sebelum 31 Disember tahun ini.
Cadangan bina zon penampan di sempadan Malaysia-Thailand sudah dibentang kepada KDN
Langkah itu amat penting kerana semua agensi penguatkuasa yang mengawal sempada berdepan masalah penyeludupan.