Kementerian Pendidikan tidak akan campurtangan dalam hal pelajar yang telah menjadi kes polis dan diselesaikan mengikut saluran undang-undang, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata Pengetua dan Guru Besar khususnya telah diingatkan agar tidak melindungi sebarang perbuatan pelajar yang menyalahi undang-undang atau disiplin sekolah.
"Kementerian sentiasa memandang serius pembabitan pelajar dengan kumpulan samseng, penyalahgunaan najis dadah dan bahan-bahan terlarang dan sebagainya.
"Kita akan tolong selagi boleh termasuk memberi kaunseling," kata Mahdzir pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada persidangan kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia ke-56 di sini, hari ini.
Beliau mengulas tindakan polis semalam memberkas 13 orang pelajar sebuah sekolah menengah di Klang yang terbabit dengan aktiviti kumpulan samseng.
Mahdzir berkata walaupun penglibatan pelajar dengan kumpulan samseng masih terkawal namun ibu bapa perlu mengambil berat dan mengetahui aktiviti anak-anak mereka selepas waktu sekolah.
Dalam isu lain beliau berkata Kementerian Pendidikan akan memperkemaskan silibus mata pelajaran Sejarah untuk mengisi ''lompang'' lima tahun dari tarikh kemerdekaan negara pada 1957 sehingga Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia pada 1963.
Katanya banyak fakta tidak dimasukkan menyebabkan generasi sekarang tidak memahami dengan jelas mengenai penyertaan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia.
Dalam ucaptamanya, Mahdzir berkata kes-kes pelajar terlibat dengan kumpulan samseng berlaku di kawasan-kawasan tertentu sahaja manakala pengambilan air ketum lebih banyak di negeri di utara semenanjung Malaysia.
Beliau berkata guru-guru yang mempunyai kebolehan dalam bidang ICT perlu mengembangkan bakat dengan membantu kementerian menjayakan konsep dunia pendidikan digital. -- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 25 2017
Mahdzir berkata walaupun penglibatan pelajar dengan kumpulan samseng masih terkawal namun ibu bapa perlu mengambil berat dan mengetahui aktiviti anak-anak mereka selepas waktu sekolah. - Gambar fail
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Noktahkan generasi pembuli dengan undang-undang, kata pakar
Sepanjang tahun ini setakat Oktober lalu sebanyak 4,994 kes buli dilaporkan, berbanding 3,887 kes pada 2022 dan 326 kes pada tahun sebelumnya.
Jabatan Penjara pelawa NGO beri khidmat kaunseling kepada penghuni
Jabatan Penjara menggalakkan badan-badan bukan kerajaan untuk bekerjasama dalam memberikan khidmat kaunseling kepada penghuni yang menjalani hukuman penyalahgunaan dadah.
KPWKM sedia beri khidmat kaunseling kepada keluarga jururawat ditikam suami
KPWKM melalui JKM dijadual melawat keluarga mangsa serta menemui dua adik-beradik itu petang semalam.
Program Antigangguan Seksual tingkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat
Program Jerayawara Kasih KPWKM @Advokasi Antigangguan Seksual sebagai salah satu usaha dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu gangguan seksual yang perlu ditangani dengan serius.
23 guru tertekan akan dipanggil untuk kaunseling
Seramai 23 guru yang dikenal pasti mengalami tekanan akan dipanggil untuk melalui proses tertentu termasuk kaunseling, bagi meningkatkan motivasi mereka dan pulih daripada gangguan emosi yang dialami.
Kaunseling pulihkan semangat jemaah, tidak serasi rakan sebilik antara aduan diterima
Apabila mendapat aduan, pihaknya akan memanggil pengadu untuk berbicara secara tertutup dan memberi nasihat sebaiknya.
P. Pinang perlu sedia khidmat kaunseling bergerak tangani isu cubaan bunuh diri
Perkhidmatan tersebut diperlukan bagi membantu mereka yang memerlukan sokongan emosi.
Isu tikam bayi: KPWKM beri intervensi bersesuaian
Ibu kanak-kanak tersebut juga telah diberi kaunseling dan intervensi awal bagi memastikan kestabilan emosi keluarga.
Masalah tumbesaran remaja Malaysia perlu intervensi segera - Pakar
Sehingga kini isu mengoptimumkan pertumbuhan anak masih belum diberi perhatian serius, kata pakar.