Kerajaan disaran menguatkuasakan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) sebaik mungkin bagi menghalang penyebaran sebarang anasir jahat yang boleh memecahbelahkan perpaduan antara kaum di negara ini.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata ini kerana rakyat sudah muak dengan pelbagai kenyataan yang dilontarkan oleh sesetengah pihak sejak kebelakangan ini yang langsung tidak menjaga sensitiviti masyarakat berbilang bangsa di Malaysia.
Katanya, beliau secara peribadi kecewa dengan pemansuhan undang-undang pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan ke atas pihak yang cuba memporak-perandakan negara.
"Ia digantikan oleh POTA. Ini undang-undang baharu yang kita harap akan dikuatkuasakan sebaik mungkin.
"Ini perlu sebab percayalah saya rasa tak mustahil kalau ada musuh-musuh dari luar negara sebenarnya bertujuan nak porak-perandakan keamanan yang kita nikmati di Malaysia.
"Kita tidak tahu mereka ini sebenarnya mungkin mempunyai agenda politik, sengaja mencetuskan (perbalahan) di pihak kita atau langsung tiada sifat sayangkan keamanan," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kota Raja di sini, pada Ahad.
Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 yang bertujuan membanteras kegiatan keganasan di negara ini diluluskan tanpa pindaan di Dewan Rakyat pada April lepas.
Bernama
Mon Aug 03 2015
MUKHRIZ: Kerajaan disaran menguatkuasa POTA sebaik mungkin bagi menghalang penyebaran sebarang anasir jahat yang boleh memecahbelahkan perpaduan antara kaum di negara ini. - Gambar Fail
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
"Ops Lalang bukan arahan saya" - Dr Mahathir
Kata Dr Mahathir, bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif sudah jelaskan keputusan melancarkan operasi itu dibuat oleh PDRM.
Singapura: Remaja ditahan di bawah ISA
Remaja lelaki ialah pelajar Menengah Tiga ketika ditahan di bawah ISA pada November 2022 dan telah menerima OD pada Disember 2022.
Dua rakyat Singapura dibebaskan daripada tahanan ISA
Dua rakyat Singapura yang terlibat dengan aktiviti radikal dibebaskan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), masing-masing pada Januari dan Februari 2022.
Ramkarpal tempelak Tun Mahathir jika benar ada hasrat kembali jadi PM
Ahli Parlimen Bukit Gelugor daripada DAP Ramkarpal Singh menempelak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kononnya ingin kembali memegang jawatan itu.
Dakwaan POCA zalim, tiada beza dengan ISA tidak tepat
Nur Jazlan berkata malah POCA memberi hak asasi yang lebih terjamin kepada mereka yang ditahan berbanding ISA.
Tajol Rosli beri saya 'nyawa' dalam politik - TPM Zahid
Beliau berkata selepas ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998, dirinya dianggap seperti 'kiambang' dan 'dibenci' beberapa pemimpin UMNO.
Maria Chin: Biar polis siasat - Azalina
Semua pihak perlu menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan secara profesional terhadap Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah yang ditahan Jumaat lepas.
Isu tahanan ISA: Penafian Dr Mahathir satu pembohongan - Tajuddin
Tindakan Dr Mahathir yang cuba mengalihkan tanggungjawab berkenaan kepada bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob adalah tidak adil.
OHI: Saya tetap setia biarpun pernah jadi tahanan ISA - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kesabaran dan kesetiaan kepada parti adalah perkara yang paling penting baginya untuk terus ke hadapan.
Hishamuddin Rais disekat ke luar negara
Aktivis politik Hishamuddin Rais mendakwa beliau dihalang ke luar negara pada Khamis malam menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).