Kerajaan hanya akan memberi rekod kelahiran dengan ciri berbeza daripada sijil kelahiran kepada kanak-kanak tanpa negara yang dilahirkan di negara ini khususnya di Sabah.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara itu yang dibincangkan dalam mesyuarat kabinet juga mempersetujui agar pengeluaran rekod kelahiran dengan warna berbeza daripada sijil kelahiran rakyat Malaysia.
"Kerajaan tidak mengeluarkan sijil kelahiran kepada kanak-kanak tanpa status warganegara kerana ia boleh ada tanggapan mereka akan mendapat kewarganegaraan secara automatik," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) di sini, hari ini.
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata rakyat Sabah harus jelas bahawa sijil mahupun rekod kelahiran itu tidak akan melayakkan mereka mendapat status kewarganegaraan secara automatik bagi memenuhi permintaan anggota persidangan termasuk Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Turut hadir Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi BN negeri Datuk Seri Musa Aman; Pairin; Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan sebagai berkata Putrajaya akan bekerjasama dengan JPN dan Kementerian Pendidikan untuk memberi sijil kelahiran bagi tujuan persekolahan kepada kanak-kanak tanpa kewarganegaraan di Sabah atas dasar perikemanusiaan.
Ahmad Zahid berkata permasalahan mengenai status kanak-kanak tanpa warganegara dapat ditangani dalam perbentangan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat isu Pendatang Asing Tanpa Izin di Sabah.
Najib mengulas mengenai ucapan dasar Pairin yang melahirkan keraguan terhadap keputusan yang diumumkan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk mengeluarkan sijil kelahiran berstatus 'warganegara' atau 'penduduk tetap' kepada anak-anak tidak bernegara.
Berhubung laporan RCI yang akan diumumkan awal bulan depan, Najib berkata, RCI adalah simbol pemuafakatan BN dan sebagai perdana menteri telah memberi persetujuan untuk merealisasikan penubuhan suruhanjaya itu.
"Saya percaya Tan Sri Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah yang mengetuai jawatankuasa itu akan meneliti syor dan menjalankan kajian serta cadangan untuk melaksanakan syor dalam laporan itu," katanya.
Berhubung isu tanah, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan pusat dan negeri jelas mengamalkan dasar untuk meluluskan geran tanah komunal kepada mereka yang berhak menerimaya termasuk kesediaan menambah peruntukan dalam soal itu.
Terdahulu, Pairin berkata rasional dan proses yang akan digunakan dalam soal pengeluaran sijil kelahiran kepada kanak-kanak itu tidak jelas dan tidak dibincang secara telus dengan kerajaan negeri selain menimbulkan perasaan tidak puas hati serta kekeliruan di kalangan rakyat.
Beliau yakin Perdana Menteri memandang serius perkara itu dan akan mencari jalan penyelesaian terbaik demi kedaulatan negara ini, malah cadangan PBS supaya tindakan mengeluarkan sijil kelahiran kepada anak-anak pendatang tanpa izin (PATI) digantung sehingga laporan RCI dikeluarkan dan cadangan penyelesaian masalah itu dilaksanakan.
Mengenai RCI, Pairin berharap kerajaan berani menerima syor-syor suruhanjaya itu dan melaksanakan syor yang dikemukakan dengan bersungguh-sungguh.
"Kita mahu pelaksanaan strategi yang berkesan termasuk penguatkuasaan dan penggunaan undang-undang Malaysia yang lebih tegas dan keras kerana kita perlu menghapuskan presepsi di kalangan PATI bahawa mereka berhak untuk menceroboh Sabah sesuka hati," katanya.
Bernama
Sun Nov 16 2014
NAJIB: Kerajaan tidak mengeluarkan sijil kelahiran kepada kanak-kanak tanpa status warganegara kerana ia boleh ada tangapan mereka akan mendapat kewarganegaraan secara automatik. - Gambar Fail
Jangan pilih merengek, sebaliknya berunding bantu rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menempelak pendirian pemimpin yang memilih merengek dan mencaci usaha kerajaan membantu semua kaum, yang hanya merugikan rakyat.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Break the Siege Freedom: Sampai bila misi ini akan ditangguhkan?
Penangguhan sekali lagi Misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza terus menimbulkan tanda tanya kepada delegasi terlibat, sampai bila ia akan ditangguhkan.
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Citra MTDC - Pengukuhan struktur untuk bina ekosistem lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
#AWANI745
#AWANI745
348 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
Polis menahan 348 individu termasuk 11 wanita dalam Ops Hawk yang dijalankan di seluruh negeri ini selama tiga hari bemula Selasa.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah, tegaskan sekali lagi tidak terima gaji
Anwar berkata beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
[TERKINI] Elaun masuk akaun bank tapi saya tak mahu - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memulangkan semula elaun diterimanya sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad.
Usia Persaraan: KWSP disaran sediakan pinjaman untuk akaun 1 penyimpang
KWSP disaran untuk lebih kreatif bagi membantu penyimpan capai jumlah ideal untuk zaman persaraan, iaitu sekitar RM240,000.
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
MoF tiada rekod surat kelulusan Najib
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Penerbangan bawa balik jenazah mendiang Joseph Kurup dibatalkan
Jenazah mendiang sepatutnya dibawa melalui penerbangan komersial dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu untuk upacara penghormatan terakhir.
Bomba Sabah padam lebih 3,900 hektar kebakaran terbuka
JBPM Sabah berjaya memadamkan kebakaran terbuka melibatkan luas kawasan lebih 3,900 hektar antara 1 Jan lepas hingga semalam.
Pelancong warga China lemas di Pulau Sapi
Seorang pelancong lelaki warganegara China meninggal dunia selepas dipercayai lemas di Pulau Sapi, semalam.
Gangguan bekalan air selama 10 hari di Kota Kinabalu, Penampang
Pengurangan pengeluaran air terawat itu berikutan kerja penggantian Filter Media No 3 di loji berkenaan.
Dua cedera terjatuh dari permainan fun fair
Dua video kejadian itu turut tular melalui aplikasi WhatsApp mengatakan mangsa jatuh dari permainan 'sotong.'
Pelajar merokok dalam tandas: Bapa mengaku tidak bersalah ugut guru
Lelaki yang bertindak mengugut seorang guru selepas anaknya tertangkap merokok di dalam sekolah mengaku tidak bersalah pada Jumaat.
Ella bawa kembali era rock 90-an, pukau 5,000 penonton di Sabah
Konsert 'Jilid Akhir: Ella Puteri Kota' di Kota Kinabalu berjaya membawa semula memori era rock tahun 90-an sebahagian besar penonton.
Dua beradik rentung dalam kebakaran di Manggatal
Dua beradik ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan enam rumah di Kampung Pulutan, Menggatal di Kota Kinabalu pada Khamis.
Agong titah Hakim Syarie Sabah agar selesaikan masalah umat Islam dengan adil, secepat mungkin
Yang di-Pertuan Agong bertitah agar Hakim Syarie di Sabah dapat menyelesaikan masalah umat Islam dengan seadil dan sebaiknya.
Wanita maut nahas babit tujuh kenderaan
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa maut di lokasi selepas tersepit dalam kenderaannya yang terperosok di bawah lori.