Polis membuka talian hotline khas bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang dari sebuah resort di Pantai, Seremban, 4 Ogos lepas.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata talian itu dikendalikan bilik gerakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Balai Polis Pantai, Seremban dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian itu di nombor 0111-228 5058.
Mengenai perkembangan operasi SAR, beliau berkata setakat ini pihaknya telah memeriksa kira-kira 30 rumah di sekitar resort berkenaan sebagai sebahagian daripada operasi.
Menurut Mohamad, sebelum ini pihaknya tidak pernah menerima kes orang hilang di mana-mana resort di kawasan itu dan kes Nora Anne merupakan kes pertama sejak resort-resort berkenaan beroperasi.
"Sepanjang tempoh 10 tahun, di kawasan ini tidak pernah ada masalah orang hilang yang dilaporkan, tetapi orang sesat ada di Gunung Berembun," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Pantai, Seremban pada Ahad.
Sementara itu, Mohamad berkata Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz hari ini turut berkenan mencemar duli bertemu petugas operasi SAR yang bertugas pada Hari Raya Aidiladha.
Operasi bagi mengesan Nora Anne yang memasuki hari kelapan hari ini membabitkan 296 anggota.
Terdahulu, Mohamad berkata polis tidak pernah mengeluarkan arahan kepada mana-mana pengusaha resort di Pantai supaya menghentikan sementara aktiviti rekreasi luar seperti mendaki Gunung Berembun.
"Malah kita galak orang pergi ke bukit (gunung) Berembun, kalau mereka pergi...mereka terjumpa (petunjuk kehilangan mangsa), ia membantu (operasi)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan jurucakap beberapa resort di kawasan itu yang mendakwa menerima arahan daripada pihak berkuasa supaya menghentikan sementara aktiviti rekreasi seperti mendaki gunung dan 'jungle trekking' buat pelancong yang menginap.
Mengenai operasi SAR, Mohamad berkata selain skala pencarian yang kini tertumpu di empat kilometer radius dari lokasi kejadian, polis juga bercadang untuk pergi ke kawasan gunung berkenaan namun belum dimuktamadkan.
Pemerhatian Bernama turut mendapati pergerakan keluar masuk kenderaan yang membawa pelancong ke resort berhampiran juga tidak putus-putus, sejak Isnin lepas.
Mereka turut singgah ke khemah petugas untuk bertemu anggota keselamatan dan media bagi menzahirkan simpati terhadap keluarga Nora Anne serta turut berminat untuk mengetahui perkembangan semasa operasi SAR berkenaan.
Nora Anne yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya di Malaysia pada Sabtu untuk percutian dua minggu di sebuah resort di Pantai.
Remaja berkenaan disedari hilang dari bilik penginapannya oleh keluarganya pada pukul 8 pagi hari berikutnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 11 2019
MOHAMAD: Talian itu dikendalikan bilik gerakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Balai Polis Pantai, Seremban.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
15 kedai, stesen minyak di Pekan Kota dilanda banjir kilat
Hujan lebat kira-kira jam 6 petang itu berlarutan sehingga satu jam menyebabkan limpahan air mencecah setengah meter.
14 rumah musnah dalam kebakaran di Nabawan
Pasukan bomba daripada BBP Sook, Keningau dikerah ke lokasi kejadian yang terletak 89km selepas menerima panggilan pada 9.16 pagi.
Bomba Perak bekukan 70 peratus cuti raya pegawai, anggota
Sayani berkata hanya 30 peratus daripada 1,270 pegawai dan anggota diberikan kelonggaran untuk bercuti sempena perayaan itu.
Cuaca panas: Lebih 500 kebakaran direkodkan dalam tempoh tiga bulan - Bomba Kelantan
Peningkatan lebih 50 peratus itu agak membimbangkan dan dikenal pasti susulan cuaca panas serta kemarau yang melanda kira-kira dua bulan lepas.
Kanak-kanak lelaki warga Thailand ditemukan lemas di Sungai Golok
Bomba menerima panggilan kecemasan memaklumkan mangsa yang beralamat di Kampung Ibrahim Pencen, Rantau Panjang telah hilang di sungai itu.
Kilang pengeluar sarung tangan terbesar musnah dalam kebakaran
Pusat Gerakan Operasi JBPM Kedah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 berlaku kebakaran besar pada jam 10.27 malam.
Malaysia rekod peningkatan drastik kebakaran terbuka dua bulan pertama 2024 - Nga
Negara merekodkan peningkatan kes kebakaran terbuka yang sangat drastik dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Deretan kedai musnah terbakar dekat R&R Jalan Sungkai
Kebakaran melibatkan kedai kelas B berukuran 60 kaki x 40 kaki yang terbakar sebanyak 90 peratus daripada isi bangunan.
Bapa, anak perempuan maut dalam nahas di Keningau
Mangsa dikenali sebagai Masino Gelong, 45, dan Claeryina Mecthildis Masino, 4.
Lelaki rentung dalam kebakaran kereta terbabas
Bomba dapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi marak terbakar di lokasi kejadian membabitkan kemusnahan 80 peratus.