KUALA LUMPUR:Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu mengetatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meliputi sektor perkilangan dan pembinaan.
Presiden Gabungan Persatuan Anak Negeri (Gapan), Datuk Seri Syed Hussien Al Habshee menegaskan, ia berikutan jumlah tinggi jangkitan dan yang bergejala berpunca dari kedua-dua sektor tersebut.
"Tindakan bersasar perlu diperkasakan dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia terutama dalam sektor perkilangan dan pembinaan dengan memastikan tempat tinggal mereka terjamin, sempurna dan patuh prosedur operasi standard (SOP).
"Kementerian Sumber Manusia perlu menjalankan operasi secara tegas bagi menentukan keadaan kesihatan pekerja mereka berada dalam keadaan yang baik dan memuaskan," katanya dalam satu kenyataan.
BACA: PKP penuh? Tunggu pengumuman sebelum 4 Februari - Ismail Sabri
BACA: COVID-19: 3,585 jangkitan baharu hari ini, 700 kematian dalam tempoh setahun
Pada Isnin, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberi bayangan bahawa PKP di seluruh negara, kecuali Sarawak yang dijadual berakhir pada 4 Februari ini, tidak akan dilanjutkan.
Dr Noor Hisham, berkata keputusan itu diambil bagi mengelak kesan negatif terhadap ekonomi negara, susulan pelaksanaan PKP.
Dalam pada itu tegas Syed Hussien, kegagalan mematuhi perkara berkenaan boleh menyebabkan COVID-19 merebak dengan cepat.
"Gapan berpendapat PKP ketat yang tidak meliputi sektor perkilangan dan pembinaan tidak akan mendatangkan apa-apa keberkesanan seperti mana yang diharapkan dalam usaha kita untuk memutuskan rantaian dan membenteras penularan pandemik.
"Disebabkan kegagalan mematuhi SOP pada dua sektor tadi menyebabkan golongan peniaga kecil, makanan dan restoran, terjejas pendapatan mereka," ujarnya.
Katanya, Gapan sentiasa menyokong penuh segala bentuk tindakan kerajaan dalam usaha untuk menangani dan membanteras penularan COVID-19 lebih-lebih lagi angka mereka yang dijangkiti kian meningkat dan amat membimbangkan.
"Begitu juga dengan kes-kes kematian akibat jangkitan yang tidak menunjukkan kestabilan dan penurunan, malah meningkat setiap hari.
"Kita juga mengucapkan syabas kepada pihak kerajaan melalui MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta menyokong penuh segala bentuk peraturan, usaha dan inisiatif pihak berkuasa dalam membendung penularan pandemik.
"Kita juga sentiasa prihatin terhadap kelaziman baharu serta berharap kesusahan yang dihadapi oleh ahli-ahli gabungan terutama mereka yang berniaga secara kecil-kecilan agar beban mereka dapat dikurangkan," katanya.
Gapan merupakan gabungan sembilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) merangkumi Persatuan Anak Melayu Johor Wilayah Persekutuan dan Selangor (PAMJ); Persatuan Anak-Anak Melaka Wilayah Persekutuan dan Selangor; Badan Kebajikan dan Kemajuan Anak Negeri Sembilan di Kuala Lumpur (Badan); Persatuan Kebajikan Anak Melayu Pulau Pinang di Wilayah Persekutuan dan Selangor (Pekenang) dan Himpunan Anak Kedah Malaysia (HAKeM).
Selain itu Persatuan Perlis Kuala Lumpur (PPKL); Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan Malaysia); Persatuan Anak-Anak Terengganu Di Selangor Dan Wilayah Persekutuan (Pesat); dan Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pahang Di Ibu Kota (Pekap) turut berada di dalam gabungan berkenaan.
Astro Awani
Tue Jan 26 2021
Syed Hussien menegaskan, ia berikutan jumlah tinggi jangkitan dan yang bergejala berpunca dari kedua-dua sektor tersebut. - BERNAMA
LIMA '25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata LIMA '25 di pulau peranginan Langkawi, Kedah itu bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Pantau Agenda Reformasi: Penstrukturan akaun & pengenalan akaun 3 KWSP
Ikuti kupasan penganalisis ekonomi Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof. Emeritus Barjoyai Bardai mengenai penstrukturan akaun KWSP & pengenalan akaun 3.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Niaga AWANI: Airasia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.fernandes, bursa Malaysia.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, firma swasta dengan 35% pegangan milik
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MOT, KHAZANAH, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB
Jelas Perdana Menteri, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Vincent Tan tak terbabit rundingan lesen kasino Forest City
Berjaya Corp Bhd (BCorp) menafikan laporan yang mengaitkan Pengasasnya, Tan Sri Vincent Tan terbabit dalam rundingan berkaitan lesen kasino di Forest City, Johor.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh pada Jumaat susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Malaysia hantar 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza setakat ini - Mohamad
Malaysia setakat ini telah menghantar lebih 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui inisiatif Ops Ihsan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang lain.
Isu Ratu Naga: Tiada transaksi pemindahan wang libatkan pegawai JPM - Azam Baki
SPRM tidak menemukan sebarang transaksi pemindahan wang terhadap mana-mana pegawai di Jabatan Perdana Menteri yang diterima daripada NGO.
Bacaan Deklarasi Kemerdekaan dan laungan 'merdeka' oleh PM di Melaka esok
Bacaan Deklarasi Kemerdekaan dan laungan 'merdeka' oleh Anwar di Dataran Memorial Kemerdekaan, Banda Hilir malam esok.
Senarai TSC FBI: MyCare sedia diaudit, pastikan ketelusan sumbangan
MyCare sentiasa bersedia untuk menjalankan pengauditan bagi memastikan ketelusan dalam pengurusan dana kutipan derma.
Mapim, NGO dari 50 negara kerjasama bantu bina semula Palestin
Sehingga kini, Mapim sudah berbincang dengan NGO dari 26 negara bagi tujuan itu.
NGO perlu terus aktif pupuk perpaduan, pelihara kebajikan komuniti - Ramanan
NGO perlu terus memainkan peranan secara aktif untuk bersama-sama memupuk perpaduan dan memelihara kebajikan dalam kalangan komuniti.
Segelintir NGO manipulasi mangsa penipuan - Bukit Aman
Polis mengesan ada segelintir NGO yang mengambil peluang daripada masalah yang dihadapi mangsa penipuan bagi mengaut keuntungan.
ABIM, 58 NGO serah memorandum nyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan
ABIM bersama 58 NGO serah memorandum 'Rakyat Mahu Kerajaan Stabil' kepada Perdana Menteri.