Seluruh rakyat Malaysia, bukan pihak berkuasa semata-mata, perlu belajar daripada kehilangan Iman iaitu badak sumbu Sumatera betina terakhir negara untuk sentiasa menggengam erat tanggungjawab melindungi haiwan terutama spesies terancam.
Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Prof Dr Ahmad Ismail berkata ini penting untuk dijadikan teladan bagi memastikan perkara sama tidak berulang pada masa akan datang terhadap haiwan terancam lain yang sekali gus boleh mengganggu keseimbangan ekosistem.
"Kita sedia maklum faktor kepupusannya adalah sama iaitu kehilangan habitat asal dan penerokaan hutan serta kerakusan pemburu haram yang terus memburu tanpa mengira natijahnya.
"Selain itu, ia berlaku atas sebab-sebab kekurangan yang lain seperti pemantauan, kesedaran awam, tiada perhatian serius, kurang kajian saintifik, peruntukan kewangan yang tidak mencukupi dan kurang kepakaran dalam bidang berkaitan hidupan liar termasuk pengurusan hidupan liar," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata penguatkuasaan undang-undang berkaitan sedia ada perlu diperketatkan lagi bagi melindungi haiwan spesies terancam seperti harimau, gajah, seladang, tapir, beruang matahari dan orang utan selain kerjasama sepadu antara jabatan, kerajaan negeri dan Persekutuan.
Ahmad yang juga pensyarah Ekotoksikologi dan Ekologi Hidupan Liar, Jabatan Biologi, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia berkata antara usaha yang perlu dilakukan bagi mewujudkan semula badak sumbu Sumatera di negara ini ialah mengintai peluang kerjasama dengan Indonesia.
"Ataupun mungkin perlu dilakukan inventori menyeluruh mana tahu mungkin haiwan ini masih ada di Malaysia dan apa yang penting janganlah kita hanya membincangkan haiwan spesies terancam ini apabila ianya telah pupus kerana itu semua sudah terlambat," katanya.
Menurut beliau, kegagalan melindungi badak sumbu Sumatera bukanlah kegagalan pihak-pihak tertentu sebaliknya ia adalah tanggungjawab semua pihak malah dalam semua agama menuntut agar manusia melindungi haiwan, tumbuhan dan bumi.
"Sebab itu penyelidikan penting untuk mendapatkan maklumat bagi menerangkan atau menjelaskan kepada masyarakat tentang perlunya pemuliharaan hidupan liar. Semua orang perlu mempunyai pengetahuan ini dan sebab itu jugalah program pendidikan penting dilaksanakan untuk pengetahuan dan kesedaran awam.
"Apabila semua orang dah faham maka ia menjadi tanggungjawab semua untuk memulihara hidupan liar termasuk harimau, gajah, badak dan sebagainya bagi memastikan kemandirian spesies ini untuk generasi akan datang," kata Ahmad yang juga Ahli Majlis Akademi Sains Malaysia.
Ahmad ketika diminta mengulas laporan media semalam mengenai Pengerusi Borneo Rhino Alliance (Bora), Prof Dr Abdul Hamid Ahmad berhubung pengoperasian Bora di Santuari Badak Borneo di Rizab Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu, Sabah akan diteruskan, beliau berkata usaha keras itu perlu disanjung.
Katanya semangat pemuliharaan badak sumbu Sumatera dan usaha gigih Bora dalam memulihkan semula angka haiwan itu dalam memastikan kelangsungan spesies terancam lain harus dipuji selain memberikan peruntukan yang sewajarnya bagi meneroka bidang sains pemuliharaan khasnya badak sumbu Sumatera.
Kematian Iman pada pukul 5.35 petang di Santuari Badak Borneo, Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, di Lahad Datu Sabtu lepas menjadikan haiwan tersebut telah pupus di negara ini.
Sebelum ini, Iman diberi penjagaan dan perhatian terbaik selepas berjaya ditangkap pada Mac 2014 di Lembah Danum.
Iman mati kira-kira enam bulan selepas badak Sumatera jantan terakhir negara mati akibat kegagalan buah pinggang pada 27 Mei lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 25 2019
Iman sebelum ini disahkan menderita akibat masalah ketumbuhan pada uterusnya yang dikesan sejak Mac 2014. - Foto Jabatan Hidupan Liar Sabah
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Bapa Nabil Ahmad meninggal dunia
Allahyarham Ahmad Ismail berusia 71 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Serdang pada pukul 2 petang tadi.
NGO saran Hutan Simpan Tanjung Tuan dijadikan hutan pelancongan, pendidikan
Hutan seluas 607,000 meter persegi itu telah diiktiraf sebagai kawasan penting burung dan kepelbagaian biologi, selain sebagai tempat penting burung pemangsa oleh pertubuhan antarabangsa.
Cabaran getir menanti presiden baharu PSM
12 Februari ini seluruh ahli gabungan PSM kecuali Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Sarawak akan memilih kepimpinan baharu.
Tok Mat tinggalkan kerusi nombor satu Pulau Pinang
Dia mengundur diri bagi mengelak sebarang konflik memandangkan sudah meletak jawatan sebagai presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia, 4 Jun lalu.
Penyingkiran PSM kekal - ASTAF
Keputusan itu akan disampaikan kepada pihak berkuasa Malaysia untuk mengambil tindakan bersesuaian mengikut perundangan Malaysia.
Presiden Perak tolak terajui PSM
Baginya, lebih baik dia meneruskan agenda sepak takraw di negeri itu yang mula bangkit sejak kebelakangan ini hingga menjuarai STL 2020.
ASTAF tambah penggantungan Tok Mat
Kini beliau perlu jalani hukuman penggantungan selama 17 tahun bermula 6 Mei 2021.
PSS persatuan terbaru keluar PSM
PSS merupakan persatuan ketiga mengambil tindakan itu selepas Gabungan Sepak Takraw Kelantan dan Persatuan Sepak Takraw Johor.
Tok Mat digantung 15 tahun, diberikan tempoh 14 hari untuk merayu
Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Seri Ahmad Ismail digantung selama 15 tahun mulai esok oleh Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) hari ini.
Tiada jawapan, ASTAF anggap Ahmad tidak minat bela diri
Abdul Halim berharap Ahmad dapat memberi kerjasama menghadiri prosiding tatatertib hari ini untuk menentukan status dan kedudukannya.