SETIAUSAHA Agung Persatuan Sepaktakraw Pulau Pinang (Persenang), Ismadi Abu Bakar, mengesahkan surat peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Ismail selaku presiden badan induk itu, berkuat kuasa hari ini (21 Jun).

Tok Mat, yang sudah pun menyandang jawatan itu sejak 1996, mengundur diri bagi mengelak sebarang konflik memandangkan dia sudah pun meletakkan jawatan sebagai presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), 4 Jun lalu.

Namun, hingga kini masih belum ada kenyataan rasmi daripada persatuan negeri itu mengenai siapa yang bakal menjadi pemangku presiden dengan calon utamanya dilihat cenderung kepada Timbalan Presiden PSM, Datuk Abdul Jalil Ariffin.

"Surat itu telah die-mel kepada saya selaku setiausaha Persenang dan saya mengesahkannya.

"Saya sudah terima, saya menghormati keputusannya.

"(Setakat ini) belum ada-apa keputusan daripada kami." kata Ismadi dipetik daripada Nadi Weekend malam tadi.