Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menjalankan pemantauan serta penguatkuasaan terhadap kira-kira 4,000 premis di pusat pelancongan seluruh negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020).
Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, pemantauan serta penguatkuasaan itu akan dijalankan menerusi Program Pematuhan Penandaan Harga di premis kawasan tumpuan pelancong 2020 (Ops Indah).
"Kita mulakan Ops Indah di Pulau Pinang kerana negeri ini menerima kunjungan pelancong seramai 1.9 juta orang setiap tahun, dan ini adalah salah satu langkah daripada kementerian untuk melindungi pengguna daripada aktiviti pengambilan keuntungan yang berlebihan oleh peniaga yang tidak beretika di pusat pelancongan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program itu di Bukit Bendera, di sini, pada Ahad.
Beliau berkata, antara tujuan Ops Indah adalah untuk memastikan peniaga mempamerkan tanda harga pada makanan di samping meletakkan label kandungan makanan.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera (PHC), Datuk Cheok Lay Leng.
Iskandar berkata, Ops Indah akan dijalankan dari semasa ke semasa di seluruh negara sehingga berakhirnya tahun 2020.
"Pegawai penguatkuasa akan berada di lokasi tumpuan orang ramai membeli-belah seperti pasar awam, pasar tani, pasaraya termasuklah pusat jualan cenderahati untuk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan," katanya.
Iskandar turut menasihatkan pengguna supaya menyalurkan aduan di saluran yang betul supaya pegawai penguatkuasa dapat melakukan siasatan seterusnya mengambil tindakan jika terdapat sebarang penyelewengan tanda harga di premis berkaitan.
"Peniaga perlu meletakkan tanda harga atau senarai harga bagi barangan yang dijual dan mereka yang engkar boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
"Mereka yang sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau dikompaun sebanyak RM25,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi individu, dan denda RM100,000 bagi syarikat atau dikompaun sebanyak RM50,000," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 05 2020
Iskandar Halim (dua, kiri) ketika melakukan pemeriksaan harga jualan pada Program Pematuhan Penandaan Harga sempena TMM2020 di kawasan tumpuan pelancong di puncak Bukit Bendera, 5 Jan, 2020. -- fotoBERNAMA
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
FGP Ventures didenda atas kesalahan tawar iRPS secara tidak sah - SSM
FGP Ventures Sdn Bhd, syarikat persendirian menurut syer, dikenakan hukuman denda sebanyak RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Jenayah.
Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan
Lapan individu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Tanah Merah semalam.
Lelaki 'kantoi' seludup ular sawa dalam seluar
Susulan tindakan itu, dia dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda AS$5,000 (RM23,887).
Curi kandungan: Dua perusahaan bayar ganti rugi RM55,000 kepada Astro
Dua perusahaan bersetuju membayar ganti rugi berjumlah RM55,000 kepada Astro kerana menayangkan kandungan berhak cipta Astro kepada orang ramai di premis perniagaan tanpa kebenaran atau lesen Astro.
Apple akan didenda AS$500 juta oleh EU kerana amalan anti persaingan
Kini menurut laporan Financial Times, EU akan mengenakan denda $500 juta ke atas Apple atas amalan anti persaingan mereka.
Bekas MP Kapar mengaku bersalah hantar mesej kurang sopan, bayar denda
Manikavasagam yang juga bekas Ketua PKR Cabang Kuala Selangor dituduh berkelakuan kurang sopan terhadap seorang individu dengan menghantar mesej kurang sopan.
Syarikat proses ayam didenda RM15,000 lepas efluen tidak dirawat ke longkang
Kesalahan itu dilakukan di premis yang beroperasi di Kulim pada jam 9.30 hingga 11 malam 4 April tahun lalu.
Didenda RM48,000 tipu tuntutan Program Penjana Kerjaya
Tertuduh didenda kerana mengemukakan dokumen palsu bagi menuntut insentif Program Penjana Kerjaya 2.0 berjumlah RM10,000, tiga tahun lepas.
Warga emas didenda tipu lelaki kononnya bagasi ditahan di KLIA
Raja Shahyan Raja Abdullah, 82, didakwa menipu mangsa berkenaan bagasi yang ditahan di KLIA sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang RM2,700.
Tukang masak didenda RM10,000 alih wang lebih RM100,000 ke dalam akaun bank
Ng Kah Lun, 20, mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut dan memerintahkan tertuduh dihukum penjara 12 bulan jika gagal membayar denda.