Lantikan politik oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di semua agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan yang masih belum melepaskan jawatan masing masing diminta berbuat demikian selewat-lewatnya bulan depan.
Menterinya Khalid Abdul Samad berkata saranan untuk meletak jawatan itu telah lama dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) namun masih ada yang 'berdegil'.
"Kita mahu pastikan Wilayah Persekutuan diurus sebaik mungkin oleh individu yang betul-betul profesional bukannya mereka yang dipilih atas faktor sokongan politik terhadap parti politik kerajaan terdahulu.
"Kita harap jawatan mereka akan dapat diganti segera sebelum minggu pertama bulan September ini," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
Terdahulu, Khalid menerima cek RM410,000 daripada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) untuk pembelian 85 ekor lembu bagi diagihkan kepada masjid dan surau Jumaat menerusi Program Korban Perdana YWP sempena Aidiladha yang bakal tiba.
Menurut Khalid, lapan individu lantikan politik berstatus Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah meletak jawatan masing-masing susulan beberapa siri 'teguran' yang dibuatnya sebelum ini.
Selain DBKL, lantikan politik di YWP juga telah meletakkan jawatan masing-masing, katanya.
Beliau berharap tindakan itu turut diikuti oleh individu lantikan politik di beberapa agensi lain seperti di Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Perbadanan Labuan yang sehingga kini masih berpaut dengan kedudukan masing-masing.
Katanya beliau boleh menerima mana-mana anggota parti politik untuk memegang apa-apa jawatan di agensi di bawah kementerian itu asalkan lantikan tersebut dibuat atas keperluan berdasarkan kepakaran yang dimiliki, bukannya disebabkan sokongan politik.
Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) mengingatkan penyokong Amanah atau mana-mana parti di dalam PH supaya tidak menjadikan alasan 'menyokong' sebagai tiket untuk menuntut jawatan di dalam kerajaan.
"Kita harap penyokong Pakatan Harapan faham bahawa kerajaan PH tidak lagi meneruskan langkah yang diamalkan kerajaan terdahulu, iaitu memberi jawatan tertentu sebagai balasan terhadap sokongan yang diberikan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 16 2018
KHALID: Kita mahu pastikan Wilayah Persekutuan diurus sebaik mungkin oleh individu yang betul-betul profesional.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).