Seramai 35 petani di beberapa kampung di Kuala Kurau mengalami kerugian kira-kira RM400,000 apabila lebih 62 hektar sawah padi mereka diserang penyakit hawar bulir bakteria (Baterial Panicle Blight) sejak awal bulan ini.
Ecxo Kemudahan Awam dan Infrastruktur, Pertanian dan Peladangan Perak Datuk Abdul Yunus Jamahri berkata antara kampung terbabit ialah Parit Gumpong, Parit Tanjung Piandang, Parit Haji Manan, Parit Mat Ali, Parit Sungai Baru, Parit Haji Samsuri dan Parit Haji Yusof.
Beliau berkata penyakit itu menyebabkan padi menjadi hampa atau tidak berisi, dan punca serangan masih dalam siasatan, namun beliau tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada penggunaan benih padi yang tidah sah.
"Simptom serangan penyakit itu boleh dikesan apabila padi mula berisi dalam tempoh 95 hingga 110 hari," katanya dalam sidang media di sini, pada Isnin.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau berkata serangan hawar bulir bakteria menyebabkan ada kilang yang enggan membeli padi dari kawasan berkenaan, dan ada juga yang mengenakan potongan berat padi yang dibeli sehingga 70 peratus.
Abdul Yunus berkata sembilan sampel dihantar ke makmal Jabatan Pertanian di Kuala Lumpur untuk pengesanan penyakit itu dan mengenal pasti punca sebenar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 30 2019
Sembilan sampel dihantar ke makmal Jabatan Pertanian di Kuala Lumpur untuk pengesanan penyakit itu dan mengenal pasti punca sebenar. - Gambar hiasan
Polis kesan individu buang air mengandungi puntung rokok depan rumah jiran
Kejadian yang dirakam menerusi CCTV itu dimuat naik menerusi media sosial serta menerima kecaman dari orang ramai.
Gaji minimum sepatutnya RM2,102, bukan RM1,500
Menurut kajian tersebut, gaji minimum yang sebenar adalah RM2,102 sebulan dan bukannya RM1,500 seperti sekaranG. Dapatan itu setelah mengambil kira beberapa faktor utama seperti kos sara hidup, pendapatan penengah, pendapatan garis kemiskinan, dan produktiviti.
[TERKINI] Pendapatan bertambah baik namun kadar kemiskinan masih tinggi
Pendapatan penengah bulanan isi rumah telah pulih kepada tahap sebelum pandemik dengan median pendapatan bulanan isi rumah meningkat 32 peratus kepada hampir RM3,000.
Bursa Malaysia terus catat aliran meningkat pada dagangan awal
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.71 mata kepada 1,608.39 daripada 1,605.68 semalam.
China-Perancis kecam serangan Israel di Rafah, gesa gencatan senjata serta-merta
Gencatan senjata serta-merta dan bantuan kemanusiaan yang besar-besaran ke Gaza adalah keperluan mendesak yang perlu dilaksanakan, kata China dan Perancis.
Di sebalik lirik 'Kalau pergi Kuala Kubu, tulis nama atas batu'
Batu buatan itu sebagai simbolik Kuala Kubu Baharu sebagai lokasi tumpuan perkelahan dan mandi-manda.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Rabu berikutan mata wang negara itu mengukuh berbanding mata wang utama lain.
AWANI Ringkas: Cermin kereta dipecah dengan tukul besi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PATUH jadi pemudah cara, bantu perjalanan operasi TH
PATUH membantu mengendalikan jemaah haji Malaysia selain bertindak menjadi pemudah cara untuk petugas haji dengan kerajaan Arab Saudi.
Malaysia kecam serangan di Rafah yang membunuh 19 orang
Wisma Putra menegaskan serangan ini jelas menunjukkan keengganan Israel untuk bekerjasama bagi tujuan keamanan.
Harga jualan maksimum benih padi sah program IBPS RM54, RM58
Harga jualan maksimum benih padi sah CL220 bagi program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) ditetapkan pada kadar RM54 di peringkat pemborong dan RM58 di peringkat peruncit berkuat kuasa 15 April.
Benih padi di Kelantan mencukupi - KADA
Stok bekalan benih padi sebanyak 1.4 juta beg yang tersedia berbanding 200,000 beg yang diperlukan, amat mencukupi untuk keseluruhan penanaman padi di Kelantan.
Agensi Nuklear Malaysia pergiat promosi, luaskan penggunaan anak benih padi NMR152
Benih padi varieti itu menunjukkan hasil tinggi dan stabil di pelbagai persekitaran dan sesuai ditanam di siri tanah berbeza terutamanya di kawasan tanah bermasalah.
Harga kawalan maksimum benih padi sah diselaras
Libatkan penyelarasan harga maksimum di pintu gudang syarikat pengeluar benih padi sah (BPS), daripada RM31 kepada RM40 per kampit 20 kilogram (kg).
Program SMART SBB kurangkan kebergantungan beras import dalam dua tahun
Pelaksanaan SMART SBB mampu mengalakkan penanaman padi secara sistematik yang sebelum ini dijalankan secara individu.
MAFI disaran perluas penanaman padi benih 1S21
Benih padi berteknologi tinggi IS21 boleh mengeluarkan hasil sehingga 10 tan sehektar mengikut kawasan penanaman jika diurus dengan baik.
PM arah MOSTI kaji dua jenis benih padi, kurangkan kos pesawah
Langkah itu diperlukan apabila melihat kepada cuaca di negara ini yang dalam keadaan tidak menentu.
Lewat agih benih padi disebabkan permintaan tinggi terhadap MR 297 - Ronald
Tindakan kerajaan menetapkan harga siling RM35 bagi setiap beg Benih Padi Sah (BPS), selain penahanan beberapa individu, telah berjaya mengurangkan isu penyelewengan atau manipulasi benih padi.
Lebih 60 hektar sawah di Kuala Kurau diserang hawar bulir bakteria
Penyakit itu menyebabkan padi menjadi hampa atau tidak berisi, dan punca serangan masih dalam siasatan.
Sawah ditenggelami banjir, petani mohon bantuan benih padi
Hujan menyebabkan air dari sistem perparitan tidak dapat mengalir keluar seterusnya bertakung di kawasan sawah.