Lebih seratus pemandu teksi dan kereta sewa di Bukit Kayu Hitam dan Changlun bakal gulung tikar selepas pendapatan mereka terjejas akibat kebanjiran kereta sewa Thailand di pintu sempadan negeri itu.

Perkara tersebut sudah berlanjutan sejak dua tahun lalu.

Mereka sebelum ini mendakwa mampu memperoleh pendapatan sehingga tiga ratus ringgit sehari.
Namun, segalanya berubah selepas kebanjiran teksi negara jiran itu.

Perkara ini pernah diajukan kepada pihak berkuasa tempatan, namun sehingga kini tiada tindakan lanjut dilakukan.

Sementara itu, ahli parlimen Kubang Pasu, Datuk Johari baharum berharap Jabatan Pengangkutan Jalan mengkaji semula syarat permit peredaran antarabangsa terhadap pemandu teksi negara jiran.

Kemasukan teksi asing itu boleh merugikan orang tempatan yang kebanyakan bergantung kepada pendapatan sebagai pemandu teksi untuk menyara keluarga.