Tempoh tahanan reman empat lelaki berusia 25 hingga 34 tahun disambung reman dua hari bermula hari ini sehingga 7 Februari 2018.

Empat lelaki itu ditahan di lokasi kejadian selepas berlaku letupan bunga api menyebabkan 26 orang tercedera di Jalan Pekan Lama, Sungai Petani.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisiner Saifi Abdul Hamid, tempoh lanjutan reman terhadap empat lelaki tersebut bagi membantu siasatan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 4, Akta Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya (ABKLSB) 1958.

Pada kejadian Jumaat lalu, letupan bunga api berlaku dan terkena orang ramai ketika upacara perarakan di Kuil Sri Subramaniya Swami, di sini.