MALAYSIA akan memperkukuhkan kerjasama pertahanan dengan Jepun menerusi pemeterian beberapa memorandum persefahaman (MoU) dengan negara itu menjelang akhir tahun ini.
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata beliau tidak sabar untuk ke Jepun akhir tahun ini bagi menghadiri majlis menandatangani MoU antara Malaysia dan Jepun bagi meningkatkan hubungan ketenteraan antara kedua-dua negara itu.
"Malaysia mengiktiraf sumbangan Jepun dalam mempromosikan keamanan dan kestabilan pada peringkat global.
"Malah, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan dalam mesyuarat Kabinet bahawa Malaysia mahu mengikut corak pertahanan yang diamalkan oleh Jepun," katanya berucap pada majlis resepsi Hari Self Defence Force (SDF) Jepun di kediaman rasmi Duta Besar Jepun di Malaysia, di sini pada Rabu.
Hadir sama, Menteri Luar Jepun, Taro Kono, Duta Besar Jepun di Malaysia, Dr Makio Miyagawa dan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzzaman Ahmad Badaruddin.
Mohamad juga juga menyampaikan permohonan maaf Dr Mahathir kerana tidak dapat menghadiri majlis itu.
"Sepatutnya, Perdana Menteri mahu hadir pada majlis ini namun ada perkara penting yang tidak dielakkan. Beliau meminta maaf kerana tidak dapat hadir," katanya.
Sementara itu, Taro berkata hubungan diplomatik antara Malaysia dan Jepun sentiasa kukuh dalam pelbagai bidang.
"Kita boleh bekerjasama dalam banyak perkara...kami amat bangga untuk membincangkan isu-isu tersebut,"katanya yang tiba di sini semalam.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Malaysia kerana mengambil berat mengenai situasi banjir di barat Jepun yang sehingga kini meragut hampir 200 nyawa.
Terdahulu, Taro mengadakan kunjungan hormat ke atas Dr Mahathir, rakan sejawatannya, Datuk Saifuddin Abdullah dan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Dam Zainuddin.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 11 2018
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Kunjungan Hormat sempena lawatan rasmi Menteri Luar Jepun Taro Kono ke Malaysia di Kediaman Rasmi Kedutaan Jepun, 11 Julai, 2018. - Foto Bernama
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Hujan paling lebat di UAE: Rangkaian lebuh raya, lapangan terbang Dubai dilanda banjir
Kebanyakan sekolah di seluruh UAE ditutup manakala pekerja pejabat diarahkan supaya bekerja dari rumah.