Malaysia akan sentiasa bergandingan dengan Amerika Syarikat dalam misi penting melenyapkan satu kumpulan pengganas yang perbuatannya memualkan seluruh manusia bertamadun, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata sebagai rakan kongsi dalam pakatan global yang diterajui AS untuk menumpaskan Daish, Malaysia menentang keganasan dengan menggalakkan kesederhanaan dan program nyahradikalisme yang mempunyai kadar kejayaan 90 peratus.
"Kami melakukannya menerusi perkongsian risikan dan langkah-langkah antikeganasan di rantau kami dan di luar sana. Saya bangga memaklumkan Polis Diraja Malaysia telah menggagalkan sekurang-kurangnya 13 serangan besar pengganas sejak 2012.
"Kami melakukannya dengan menjadi rakan dalam pakatan global yang diterajui AS untuk menumpaskan Daesh dan melalui dialog strategik antara Kementerian Pertahanan dan Pentagon," katanya dalam artikel bertajuk 'Perdana Menteri Malaysia: Trump, kami di belakang anda dalam menentang ISIS' yang disiarkan oleh The Hill, laman sesawang politik utama AS, pada Isnin.
Najib yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, berada di Washington untuk lawatan kerja tiga hari dengan Perdana Menteri dijadualkan bertemu dan berbincang dengan Presiden Donald J, Trump di Rumah Putih pada Selasa.
Sambil menyatakan pertemuannya dengan Trump turut menandakan enam dekad hubungan dua hala yang kukuh, Najib berkata hubungan Malaysia-AS melangkaui perdagangan memandangkan kedua-dua negara turut berkongsi nilai-nilai yang telah berakar umbi dalam aspek lain.
"Nilai-nilai ini yang diambil bersama-sama, adalah faktor hubungan kita diangkat ke tahap lebih tinggi sebagai Perkongsian Komprehensif rasmi pada 2014.
"Ini bermakna kedua-dua negara komited untuk mengukuhkan kerjasama antaranya dalam politik dan diplomatik, perdagangan dan pelaburan, pendidikan dan hubungan rakyat dengan rakyat, serta keselamatan dan pertahanan," katanya.
Dari segi ekonomi, Perdana Menteri berkata AS merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia pada 2016 manakala Malaysia merupakan yang ke-18 terbesar bagi AS.
"Saya berharap lebih banyak rakyat Amerika dan firma AS melihat negara kami sebagai sebuah destinasi dengan peluang besar yang menawarkan tenaga kerja berpendidikan, ramah dan tahu berbahasa Inggeris," katanya.
Secara peribadi Najib berkata beliau gembira berada di AS, sebuah negara hebat yang telah banyak kali dilawatinya sejak muda.
"Saya masih ingat tiba di New York sebagai siswazah muda dan kagum dengan muzik, makanan, seni bina dan suasana kota raya yang hidup. Perasaan suka saya terhadap negara anda tidak pernah pudar dan ini dikongsi oleh ribuan rakyat Malaysia yang pernah tinggal, bekerja dan belajar di Amerika," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2017
PM NAJIB: Polis Diraja Malaysia telah menggagalkan sekurang-kurangnya 13 serangan besar pengganas sejak 2012.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Malaysia sebuah negara selamat, Kedutaan AS respon tohmahan dangkal profesor pro-Israel
Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Prof Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah sebuah negara tidak selamat dilawati.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
AS: Dua maut, enam cedera dalam kejadian tembakan di Memphis
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti di Memphis, Tennessee.
Seorang maut, tujuh hilang helikopter tentera Jepun terhempas
Ketika ini punca kejadian tidak diketahui, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa.
Pakistan bidas AS terhadap sekatan ke atas firma pembekal item misil balistik
Jurucakap Kementerian Luar Pakistan Mumtaz Zahra Baloch berkata Washington pada masa lepas telah mengambil langkah sedemikian tanpa bukti.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke