Malaysia dijangka mengalami musim kering sehingga Mei ini dengan Johor, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Pahang dan Kelantan akan merekodkan hujan kurang daripada 25 peratus purata hujan tahunan bagi tempoh April-Mei ini.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar berkata situasi itu akan menyebabkan keadaan panas dan kering serta mengurangkan sumber air sungai dan empangan di negeri terbabit.
Setakat ini, dua lokasi tidak menerima hujan selama lebih 30 hari iaitu Hulu Perak di Perak (56 hari, tahap amaran) dan Setiu, Terengganu (31 hari, waspada), katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Menurutnya tujuh lokasi menerima hujan kumulatif lebih rendah berbanding rekod hujan semasa fenomena El Nino (2015-2016) atau pada tahap bahaya bagi tempoh Januari-Mac iaitu Padang Terap (Kedah), Cameron Highlands dan Kuantan (Pahang), serta Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman dan Kuala Terengganu (Terengganu).
Sementara itu, beliau berkata empat lokasi lagi pada tahap amaran iaitu Rembau dan Tampin (Negeri Sembilan), Rompin (Pahang) dan Hulu Perak, Perak.
Xavier berkata tiga lembangan dijangka memerlukan tambahan bekalan air daripada empangan sedia ada iaitu Lembangan Sungai Muda (Empangan Beris), Lembangan Sungai Kedah (Empangan Muda, Pedu dan Ahning), serta Lembangan Sungai Melaka (Empangan Jus).
Keadaan itu katanya disebabkan aktiviti penanaman padi yang sedang giat dijalankan sehingga April ini.
"Jabatan Pengairan dan Saliran mencadangkan kepada pihak berkuasa negeri agar mengambil tindakan membuat pelepasan air secara terkawal daripada empangan terlibat," katanya.
Mengenai storan empangan, Dr Xavier berkata tiga empangan merekodkan storan kapasiti dalam lingkungan 50 peratus iaitu Empangan Muda di Kedah (58.97 peratus) serta dua empangan di Johor iaitu Machap (55.61 peratus) dan Sembrong (54.07 peratus).
Mengambil kira senario semasa, beliau menasihati agar penyaluran air kepada pengguna baik dari segi keperluan harian, industri dan pertanian, khususnya penanaman padi, perlu dikawal.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 23 2019
Mengambil kira senario semasa, Xavier menasihati agar penyaluran air kepada pengguna baik dari segi keperluan harian, industri dan pertanian, khususnya penanaman padi, perlu dikawal.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Fenomena El Nino melanda di Colombia pada penghujung 2023, menyebabkan suhu tinggi dan kemarau.
Dunia rekodkan suhu terpanas sejak 1850
Punca utama haba luar biasa adalah pelepasan gas rumah hijau yang disebabkan oleh manusia, kata Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus EU.
Proses pembenihan awan hasilkan 67 peratus hujan di Sabah
Proses pembenihan awan yang dijalankan selama tiga hari bermula Khamis lepas di tiga daerah di Sabah berjaya menghasilkan 67 peratus hujan, kata Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Kawasan di Tampin, Jempol rekod tanpa hujan 13 hari berturut-turut
Beberapa kawasan di Tampin dan Jempol merekodkan ketiadaan hujan hingga 13 hari berturut-turut akibat fenomena El Nino kali ini.
El Nino beri cabaran besar kepada pengeluaran keselamatan makanan di Sabah
Fenomena El Nino, memberi cabaran besar kepada pengeluaran keselamatan makanan di Sabah.
Lapan kawasan catat suhu panas tahap berjaga-jaga di Utara Semenanjung
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap berjaga-jaga di lapan kawasan utara Semenanjung Malaysia.
Tangguh aktiviti luar bilik darjah jika El Nino bertambah buruk - Wong
Kah Woh berkata pihaknya tidak mahu sebarang perkara di luar jangkauan berlaku terutama membabitkan kesihatan para pelajar.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
APM terima peningkatan panggilan berkaitan ular sepanjang El Nino
Jumlah kes membabitkan tangkapan replitia itu dijangka meningkat susulan amaran gelombang haba tahap dua di Pokok Sena.