Tindakan afirmatif kerajaan untuk membantu Melayu di negara ini tidak akan mencapai matlamatnya jika orang Melayu sendiri tidak mahu mengubah sikap dan sistem nilai mereka bagi membolehkan mereka berjaya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata kerajaan telah memperkenalkan banyak dasar dan sokongan untuk orang Melayu menerusi tindakan afirmatif yang diterjemahkan melalui peluang dan bantuan kepada mereka namun mereka tetap Melayu yang sama yang gagal sebelum ini.
"Ini kerana anda tidak boleh ubah sikap seseorang. Saya tidak suka mengatakan sedemikian tentang kaum saya sendiri namun saya terpaksa katakan. Saya terpaksa beritahu mereka yang anda salah. Tindakan afirmatif adalah tentang sokongan tetapi mengubah sikap merupakan sesuatu yang perlu kita beri perhatian. Kami sedar tindakan afirmatif semata-mata tidak dapat membuatkan orang Melayu berjaya.
"Paling penting ialah sikap dan sistem nilai mereka. Sistem nilai mereka salah dan sistem nilai yang mereka ada ini tidak akan membawa kejayaan kepada mereka," katanya dalam temu bual dengan organisasi media terpilih, di pejabatnya di sini.
Dr Mahathir berkata adalah penting untuk Melayu sendiri menukar nilai hidup yang dipegang dan diamalkan, terutamanya yang tidak sepadan dengan kejayaan.
"Kalau tak kerja kita tak dapat duit, kalau tak usaha tak maju. Bila saya kata orang Melayu malas, orang marah saya tapi ini kebenaran. Kalau kita tak nak kerja, orang lain akan datang bekerja. Akhirnya orang asing yang memiliki negara ini. Sekarang sudah ada tujuh juta orang (pekerja warga) asing di Malaysia," katanya.
Dr Mahathir berkata nilai yang terbaik ialah nilai-nilai Islam yang menganjurkan banyak perkara baik namun masih ramai tidak mengamalkannya.
"Sebagai contoh, anda (orang Islam) dilarang memecahbelahkan sesama orang Islam, namun sesetengah orang, disebabkan politik, memecahbelahkan sesama Islam... panggil orang Islam ini bukan Islam, hanya kami sahaja yang Islam dan sebagainya. Kita telah berpecah belah... ini dilarang dalam Islam.
"(Semua orang Islam) adalah bersaudara (namun) kita tidak layan mereka sebagai saudara. Dia daripada parti itu, anak gadisnya tidak boleh berkahwin dengan anak saya. Perkara sedemikian tidak bersifat Islam. Kita mahu mengajar mereka tentang nilai-nilai Islam. Saya yakin jika mereka berpegang pada nilai-nilai Islam mereka akan berjaya," katanya.
Sementara itu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia berkata beliau berharap orang Melayu tidak akan bergantung terlalu lama kepada kerajaan atau "tongkat" untuk berjaya.
"Saya sentiasa mengkaji sikap manusia... yang membuatkan mereka berjaya atau gagal adalah budaya dan sistem nilai mereka. Kaum Cina berjaya walaupun tanpa sebarang bantuan," katanya.
Dr Mahathir berkata bagi orang Melayu, mereka bukan sahaja perlu tahu tentang agama mereka tetapi juga perlu mempelajari perkara lain seperti matematik, sains, geografi dan sejarah, dan beliau menegaskan pembelajaran matematik serta sains harus dilakukan dalam bahasa Inggeris.
"Saya telah berbincang dengan mereka yang dalam proses mengubah dasar pendidikan (negara) dan menekankan bahawa sekolah kebangsaan sudah menjadi sekolah agama... itu yang berlaku. Orang Cina dan India tidak mahu ke sekolah kebangsaan, (ini kerana) empat waktu setiap hari mereka mengajar tentang Islam, memang bagus namun takkanlah anda hanya mahu Melayu tahu tentang Islam sahaja dan tidak perkara-perkara lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 28 2018
DR MAHATHIR: Kerajaan telah memperkenalkan banyak dasar dan sokongan untuk orang Melayu menerusi tindakan afirmatif yang diterjemahkan melalui peluang dan bantuan kepada mereka. -Gambar fail
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
Dr Mahathir dakwa undang-undang kini 'mengancam rakyat'
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undang-undang kini digunakan untuk mengancam rakyat.
'Jika SPRM ada bukti tunjuklah' - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata, setakat pengetahuannya, beliau tidak pernah disiasat tetapi notis SPRM menyatakan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu melakukan kesalahan.
Sambutlah hari raya dengan kesederhanaan, keinsafan - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menitip pesanan kepada rakyat khususnya umat Islam yang akan meraikan Hari Raya Aidilfitri, untuk menyambut dengan kesederhanaan dan keinsafan.
Tun M sambut Ramadan di IJN
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut Ramadan kali ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Tun M jalani proses pemulihan di IJN
Jurucakap Tun M memberitahu, belum dapat dipastikan bila bekas Perdana Menteri itu akan dibenarkan discaj.
Gambar tular keadaan terkini kesihatan Tun M palsu
Gambar yang sedang tular di pelbagai platform media sosial, berkaitan kesihatan terkini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah palsu.
Dr Mahathir terima rawatan di IJN akibat jangkitan
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini sedang menerima rawatan akibat jangkitan di Institut Jantung Negara (IJN).
Kertas siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' dirujuk ke TPR
Kertas siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' di Istana Negara telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.
Siasatan SPRM ke atas Mokhzani didakwa ada kaitan dengan Tun M
Siasatan SPRM terhadap Tan Sri Mokhzani dipercayai ada kaitan dengan dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan bapanya, yang juga bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kertas siasatan kenyataan Dr Mahathir dijangka dirujuk kepada AGC tiga ke empat hari lagi - KPN
Beliau juga menafikan kenyataan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu yang mendakwa disoal siasat umpama seorang penjenayah dan berkata polis hanya menjalankan tugas dengan meneruskan siasatan.