Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan bahawa beliau adalah seorang ultra Melayu seperti yang didakwa sesetengah pihak sepanjang karier politiknya.
Perdana Menteri menegaskan, dakwaan itu dibuat Bapa Pengasas Singapura, mendiang Lee Kuan Yew, bagi menjatuhkan karier politik beliau.
"Saya nak nafi bahawa saya adalah ultra Melayu. Ini adalah satu label yang dikenakan kepada saya oleh Kuan Yew.
"Ini memang biasa dalam politik, untuk memburukkan musuh, kita bagi label yang tidak baik kepadanya.
"Dia buat macam itu kepada saya sebagai satu cara untuk melemahkan saya dalam bidang politik," ujarnya menjawab persoalan pada Sesi Dialog bersama rakyat Malaysia di sini pada Ahad.
Tegas beliau, fokusnya adalah untuk memberi hak sama rata kepada semua kaum tanpa meminggirkan Melayu dan Bumiputera.
Jelasnya, jika terdapat jurang yang luas antara kaum terutama melibatkan ekonomi, ia boleh mencetuskan rusuhan seperti yang berlaku di beberapa negara termasuk Rusia.
"Kita tahu dalam mana-mana negara sekali pun, kalau pun negara itu bukan berbilang kaum dan cuma ada satu bangsa sahaja, tetapi kalau ada satu perbezaan yang ketara antara miskin dan kaya, maka akan berlakulah rusuhan sehingga ke peringkat revolusi.
"Inilah yang berlaku di negara-negara Eropah termasuk di Rusia, kerana perbezaan yang terlalu jauh antara miskin dan kaya.
"Malah, lebih bahaya lagi ialah kalau perbezaan ini adalah perbezaan antara kaum, iaitu yang miskin itu dari satu kaum dan yang kaya daripada kaum yang lain.
"Jadi, permusuhan itu akan lebih ketara dan mungkin akan membawa kepada rusuhan yang dahsyat," tambah beliau.
Justeru, beliau menegaskan bahawa beliau bukan bersikap untuk memburukkan kaum bukan Melayu sebaliknya mahu Melayu setanding dengan kaum-kaum lain yang lebih berjaya.
Harits Asyraf Hasnan
Sun Sep 02 2018
Dr Mahathir memotong kek sempena Hari Kebangsaan ke-61 sebelum sesi dialog bersama komuniti Malaysia di Brunei Darussalam malam tadi. Turut hadir, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah (tiga, kanan). --fotoBERNAMA
Kira-kira 110,000 warga Palestin melarikan diri dari Rafah - UNRWA
UNRWA berkata tiada tempat yang selamat di Semenanjung Gaza untuk rakyat Palestin ketika keadaan hidup amat teruk.
Hubungan dengan Malaysia baik tetapi masih ada isu untuk diselesaikan pengganti, kata PM Lee
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, berkata hubungan republik itu dengan Malaysia "umumnya baik" tetapi masih ada beberapa isu yang perlu diselesaikan penggantinya.
Dua lelaki ditahan bantu siasatan pusat hiburan dibaling bom petrol
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tempatan berkenaan ditahan pukul 3 petang di sebuah rumah.
Tumpuan Sabtu - 11 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Premis MARA dijadikan stor, tidak dibuka diberi notis dua bulan pengosongan - Asyraf
Premis-premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dijadikan stor atau tidak dioperasikan seperti dalam perjanjian, akan diberi notis dua bulan untuk dikosongkan.
10 Berita Pilihan - (10 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PRK KKB: Jangan bimbang keluar mengundi kerana keselamatan terjamin - KP Selangor
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini kerana keselamatan dan ketenteraman awam adalah terjalin.
Malaysia sedia perkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran Lawrence Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia bersedia untuk terus memperkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran bakal Perdana Menteri republik itu yang baharu, Lawrence Wong.
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 gegarkan timur Taiwan
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 melanda pesisir pantai Daerah Hualien di timur Taiwan pada pukul 3.45 petang Jumaat.
AWANI Tonight: Survey predicts PH to retain KKB seat
Pakatan Harapan will likely retain the Kuala Kubu Bharu seat in Saturday’s by-election, according to a survey by Ilham Centre.
KEB 2024 perlihat agenda perkasakan ekonomi bumiputera tanpa pinggirkan kaum lain
Memberi jaminan bahawa kepentingan kaum lain turut diberi perhatian, Ahmad Zahid berkata mereka juga diberi pelbagai bantuan kerajaan.
PN adalah parti masa depan untuk Malaysia - Muhyiddin
Dasar yang mereka bawa adalah sesuai dengan jati diri dan identiti Malaysia sebagai sebuah negara majmuk dengan masyarakat Bumiputera sebagai penduduk majoriti.
Yakin Kerajaan Perpaduan komited bantu Bumiputera Sabah - Hajiji Noor
Sabah mempunyai aspirasi tinggi bersama rakyat Malaysia menikmati kemakmuran dan kemajuan ekonomi negara.
Kerajaan tidak pertahan badan agensi curang, terlibat projek tidak manfaat Bumiputera
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Madani tidak akan mempertahan mana-mana badan agensi Kerajaan yang curang.
Kerajaan Sarawak tekad hapus isu kemiskinan rakyat
Kerajaan Sarawak nekad meningkatkan sosio ekonomi serta menghapuskan kemiskinan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang.
Tabung pecutan transformasi bumiputera bantu lonjak syarikat ke tahap tinggi
Tabung itu antara cadangan dikemukakan 970 peserta sepanjang sesi libat urus kumpulan Daya Saing Perusahaan Bumiputera sempena KEB.
Syor penubuhan Pusat Kajian Pembangunan Bumiputera
Pusat itu bertujuan membangunkan pangkalan data Bumiputera, menjalankan kajian, mewujudkan pelantar perbincangan dan advokasi polisi.
'Kongres Ekonomi Bumiputera tidak harus dipolemik' - Asyraf Wajdi
Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) tidak harus dilihat sebagai salah satu langkah untuk menafikan hak bukan bumiputera.
Perkara 153: Tak perlu bincang, sedia ada dalam Perlembagaan - PM Anwar
Beliau menjelaskan, tindakan itu termasuk Perkara 153 melibatkan kedudukan istimewa orang Melayu serta kaum bumiptera di Sabah dan Sarawak.
Pertumbuhan baharu Bumiputera perlu dikenal pasti - PM Anwar
Kerajaan MADANI bertekad untuk memperkukuh agenda Bumiputera yang akan memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat, bukan hanya kumpulan tertentu sahaja.