Dalam era kemajuan manusia memerlukan teknologi yang pantas kerana masa seolah-olah menghambat manusia di masa kini.
Jika di bandar atau pekan di seluruh negara, pam minyak tradisional mungkin sukar untuk dilihat oleh remaja apatah lagi kanak-kanak yang hidup di zaman teknologi di hujung jari ini.
Namun di pekan Dabong, penggunaan pam minyak tradisional untuk mengisi petrol motosikal dan kereta masih menjadi kegunaan penduduk di sini bahkan ianya merupakan nadi untuk membolehkan penduduk di Dabong bergerak.
Pam minyak tradisional ini mempunyai balang penyedut yang menyedut petrol sebelum diisi dalam tangki kereta atau pun motosikal menggunakan paip getah.
Pam berkenaan menyedut petrol dari tong menyimpan petroleum sebelum dialirkan ke dalam pam pengepam seterus melalui paip getah sebelum sampai ke tangki kenderaan.
Menurut pengusaha pam tradisional ini, Othman Mat Yaman, 56 tahun, stesen minyaknya beroperasi dalam sebuah kedai kayu dan dibuka dari pagi hingga jam 10 malam.
Katanya setiap hari kedainya itu akan menjual sebanyak 600 liter petrol dengan mengambil keuntangan 4 sen bagi setiap liter.
Namun katanya, sekiranya musim cuti persekolahan dan musim perayaan, jualannya meningkat kepada 1,000 hingga 1,200 liter sehari.
“Saya mendapatkan bekalan minyak dari stesen minyak di Jeli, dengan jarak 50 kilometer dari Dabong, saya isi dengan tong dram, dengan menggunakan van saya bawa balik ke Dabong ini,” katanya kepada Astro AWANI.
Walaupun mengetahui ia berbahaya dan sering kali ditegur oleh pengusaha stesyen minyak di Jeli, namun beliau tetap menjalankan perniagaan pam minyak tradisional yang diwarisi dari orang tuanya sejak lebih 30 tahun lalu.
Ini kerana penduduk di sini memerlukan petrol setiap hari bagi kegunaan seharian termasuk untuk menghantar anak sekolah, menoreh getah dan sebagainya.
Beliau menjadi nadi penggerak kenderaan di pekan ini kerana tiada stesyen minyak beroperasi di pekan Dabong ini.
Mahu tidak mahu, itulah perniagaannya sejak berkurun lama dan perniagaan senja ini bakal diwarisi anak-anaknya sekiranya beliau tiada kelak.
Lebih 15,000 penduduk di Dabong, memerlukan stesen minyak Othman untuk meneruskan aktiviti harian mereka.
Vivi Sumanti
Sun Apr 22 2018
Stesen minyak Othman beroperasi dalam sebuah kedai kayu dan dibuka dari pagi hingga jam 10 malam. - Astro AWANI/Vivi Sumanti
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
5 bayi antara 50 terperangkap dalam insiden kepala air di Kelantan
Kesemua mangsa dilapor terperangkap di kawasan perkelahan berkenaan akibat limpahan air sungai yang deras.
Jika mahu buat duit, inilah tempatnya, datang ke Dabong!
Dabong, dahulunya tempat jin bertandang, tetapi lokasi 'zombie' inilah tempat buat duit sekarang, sehingga ada warganya boleh membeli kenderaan pacuan empat roda bernilai ribuan ringgit secara tunai.
Jualan durian cecah ratusan ribu ringgit, pemilik kebun jadi 'orang kaya'
Bagi Ibrahim Che Musa yang memiliki kebun durian seluas 6.47 hektar, jualan durian kunyit dan musang king kali ini menggalakkan walaupun harga borong yang diberikan RM35 sehingga RM40 bagi sekilogram.
JBPM Kelantan cadang perkenal SOP panjat gunung
Bomba Kelantan bakal tetapkan SOP untuk pendaki gunung dan peneroka gua di negeri berkenaan bagi memastikan keselamatan setiap peserta ekspedisi.
Air sungai keruh, tak tergamak nak mandi
Gua Ikan disifatkan semakin hilang tarikannya gara-gara kesan sampingan daripada pembalakan serta pembukaan ladang pertanian.
Pam minyak tradisional nadi penduduk pekan Dabong
Jika di bandar atau pekan di seluruh negara, pam minyak tradisional mungkin sukar untuk dilihat oleh remaja apatah lagi kanak-kanak yang hidup di zaman teknologi di hujung jari ini.
Bomba sasar ambil masa 10 minit untuk keluarkan mangsa banjir
Bomba jamin pihaknya mempunyai keanggotaan dan aset mencukupi bagi membantu memindahkan semua mangsa banjir.
Ribut, hujan batu, 30 rumah alami kerosakan di Dabong
Menurut Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Krai, Mohamed Hanif Che Khalid, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut sekitar jam 6.34 petang Sabtu.
Maut dipijak lembu peliharaan pagi Aidiladha
Sebuah keluarga di Kampung Dusun Durian, Dabong, dekat sini pasrah kehilangan ahli keluarga ketika umat Islam sedang melakukan ibadah korban, Jumaat lalu.
Kegagalan Pas jadi bahan kempen UMNO Kelantan - Tok Pa
UMNO Kelantan akan menggiatkan sesi penerangan kepada rakyat negeri itu dalam usaha menyedarkan mereka mengenai kelemahan pentadbiran kerajaan negeri Pas yang memerintah negeri itu sejak tahun 1990.