Panik, tertekan dan takut akan penyakit yang merebak, menyebabkan Orang Asli di Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan bertindak mengebumikan mayat anggota suku kaum itu mengikut adat dengan segera dan tidak melaporkan kepada pihak berkuasa.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Prof Dr Juli Edo berkata ia ditambah pula dengan ketiadaan medium komunikasi berikutan kedudukan mereka yang jauh di dalam hutan tebal berhampiran Taman Negara di sempadan Kelantan-Pahang sewaktu mereka berhijrah.
"Apa yang berlaku di Kuala Koh ini ada satu hari dua kematian, jadi kedudukan pula jauh, lepas itu mereka panik dan takut dengan penyakit jadi mereka percaya lagi lama mayat disimpan penyakit itu akan merebak. Itu menyebabkan mereka cepat-cepat kebumi.
"Kebiasaannya, Orang Asli bila saudara mara mereka meninggal dunia, mereka akan kebumikan begitu sahaja, namun peraturan kita sekarang memerlukan mereka melaporkan kepada pihak berkuasa dan kalau kita kebumi tanpa melaporkannya ia dianggap satu kesalahan, itu undang-undang kita," katanya ketika dihubungi Bernama.
Dr Juli berkata demikian bagi mengulas laporan media mengenai kejadian menimpa Orang Asli suku kaum Batek di Kampung Kuala Koh, baru-baru ini, yang didakwa dilanda penyakit misteri sehingga mengakibatkan sebilangan kematian.
Mengikut suku kaum itu berlaku 14 kematian dengan mangsa dikebumikan secara adat oleh penduduk kampung, tetapi polis memaklumkan hanya menerima dua laporan berkaitan kematian terbabit.
Mengulas mengenai cara hidup mereka, Juli yang pernah berkhidmat di Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya berkata masyarakat Orang Asli suku kaum Batek masih mengamalkan kehidupan secara berpindah randah secara turun-temurun tetapi tidak sepenuhnya sekarang ini (separa nomad).
Suku yang tergolong di bawah kumpulan Negrito itu banyak terdapat di Pahang, Kelantan dan Terengganu, kata Dr Juli daripada suku kaum Semai.
Beliau berkata terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan suku ini berpindah-randah iaitu faktor makanan, penyakit dan berkunjung ke rumah saudara mara misalnya untuk menghadiri kenduri yang memerlukan mereka untuk tinggal lama di sesuatu kawasan.
"Kadang-kadang mereka berpindah sebab musim buah-buahan atau lari daripada penyakit yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan mereka serta berkunjung ke rumah saudara mara sekiranya ada keramaian. Ini memang cara hidup mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 10 2019
Takut dengan penyakit merebak punca Orang Asli di Kuala Koh bertindak mengebumikan mayat anggota suku kaum itu tanpa sebarang laporan polis. -Bernama
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Penyuraian trafik melalui kaedah penarikan kurangkan kesesakan di Gua Musang
Nik Raisnan berkata langkah penyuraian itu dilaksanakan pihaknya dengan kerjasama agensi penguatkuasaan.
Cuaca panas: Bomba rekod lebih 200 kes kebakaran terbuka di Kelantan
Bomba Kelantan merekodkan 232 kes kebakaran terbuka dalam tempoh lapan hari sejak 4 April lepas berikutan cuaca panas atau pembakaran terbuka.
Aliran trafik di Gua Musang sesak, perantau mula pulang
Aliran trafik di Jalan Jeli-Gua Musang, Jalan Kuala Lipis-Gua Musang dan Jalan Kuala Krai-Gua Musang sesak ekoran perantau mula pulang ke destinasi masing-masing selepas berakhir cuti Aidilfitri.
Tiga laluan utama di Gua Musang dijangka sesak Jumaat ini - Polis
Tiga laluan itu adalah Jalan Kuala Krai-Gua Musang, Jalan Kuala Lipis-Gua Musang dan Jalan Jeli-Gua Musang.
Muse Ecopark, R&R Rantau Manis - tempat riadah dan rehat menakjubkan buat pengguna laluan Pantai Timur
Pada musim perayaan ketika kenderaan bersesak memasuki Kelantan, dua kemudahan ini menawarkan lokasi istirahat lengkap untuk melepas lelah.
Pembantu stor maut motosikal terbabas bertembung treler
Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas dan kemudian bertembung dengan sebuah treler di Gua Musang.
Imigresen, JPJ tahan 74 pendatang dalam operasi bersepadu
Jabatan Imigresen Kelantan menahan 74 pendatang tanpa izin dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pagi tadi.
Jawatankuasa Bahagian Bersatu Gua Musang digantung
Jawatankuasa Bahagian Bersatu Gua Musang digantung susulan ketua bahagiannya yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.