Jabatan Perhutanan Pahang menafikan kegiatan pembalakan di pinggir hutan simpan Lentang sebagai punca berlaku banjir lumpur di KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak petang semalam.
Pengarahnya Datuk Mohd Paiz Kamaruzaman menegaskan, tiada sebarang aktiviti pembalakan sedang dijalankan di kawasan itu, termasuk bagi projek laluan Tenaga Nasional Malaysia Berhad (TNB) dari Bentong ke Lenggeng, Negeri Sembilan seperti didakwa sesetengah pihak.
"Tidak berlaku pembalakan di situ, mungkin kerana kegagalan cerun, itu sahaja. Dari segi aktiviti pembalakan, tak ada dijalankan aktiviti pembalakan.
"Sudah lama aktiviti pembalakan itu dihentikan," kata beliau selepas menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Sekolah Amanah antara Yayasan Pahang dan Yayasan Amir di sini, hari ini.
Mohd Paiz mengulas dakwaan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar yang mengaitkan kegiatan pembalakan tidak terkawal di kawasan Hutan Lipur Lentang bagi projek laluan TNB dari Bentong ke Lenggeng, Negeri Sembilan sebagai punca kepada kejadian banjir lumpur itu.
"Kawasan yang dimaklumkan oleh NGO itu, kawasan tu belum dibangunkan lagi. Perkara ni memang kita dah bincang... pihak Aina dan pihak PEKA pun dah tahu. Benda ni kita dah ada buat rundingan dan sebagainya.
"Soal tanah runtuh dan sebagainya ini, saya tidak boleh ulas. Tapi aktiviti pembalakan tak ada dijalankan di tepi kawasan tanah runtuh itu saja,"jelas beliau lagi.
Sebelum ini Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Soiman Jahid juga mengesahkan banjir lumpur yang berlaku di kawasan hutan sekitar KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak bukan berpunca daripada aktiviti pembalakan.
Menurutnya, punca banjir lumpur berkenaan adalah disebabkan takungan air yang pecah di puncak bukit.
"Berdasarkan tinjauan saya dari udara, ada aktiviti pembalakan berlaku tetapi ia adalah secara tersusun dan saya mendapati punca banjir lumpur ini berlaku kerana takungan air yang di atas bukit pecah," katanya selepas membuat tinjauan di kawasan banjir lumpur di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pagi tadi.
Beliau juga percaya sekiranya berlaku hujan lebat, perkara sama mungkin akan berlaku.
Ketika ini, pihak bomba dan penyelamat sedang bertungkus-lumus membersihkan kawasan terbabit banjir lumpur.
Kejadian banjir lumpur berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada pukul 6.30 petang semalam menyebabkan sebahagian lebuhraya dari kedua-dua arah tidak boleh dilalui sehingga hari ini.
Astro Awani
Thu Nov 12 2015
Menurut Jabatan Perhutanan Pahang, tiada sebarang aktiviti pembalakan sedang dijalankan di kawasan itu, termasuk bagi projek laluan TNB dari Bentong ke Lenggeng. - Gambar hiasan
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Libya bagai dilanda garuda
Ribut Daniel yang melanda akhir minggu lalu telah menenggelamkan bandar Derna dan mengakibatkan kemusnahan besar di Libya.
Banjir lumpur Bentong: Young Syefura desak siasat kejadian di Bukit Tinggi
Ini merupakan kejadian kedua dalam tempoh tidak sampai setahun, yang mana sebelum ini kejadian sama berlaku pada Mei 2022.
Banjir lumpur: Laluan Janda Baik-Genting Sempah ditutup akibat runtuh
Jalan Kuala Lumpur-Bentong yang menghubungkan Genting Sempah ke Janda Baik ditutup sementara kepada semua kenderaan selepas mengalami runtuhan akibat kepala air, hari ini.
Banjir lumpur landa Bukit Tinggi, laluan ke Janda Baik terjejas
Hujan lebat selama kira-kira setengah jam membawa kepada kejadian banjir lumpur di Bukit Tinggi, di sini petang tadi.
8 maut, 5 hilang dalam kejadian banjir lumpur di Peru
Komuniti perlombongan di Miski dan San Martin terkejut dengan kejadian tanah runtuh itu.
Setahun tragedi kepala air Titi Hayun, traumanya masih terasa - Penduduk
Hari ini genap setahun tragedi kepala air dan banjir lumpur di Gunung Jerai yang mengorbankan tujuh nyawa.
Pascabanjir: 'Ketepikan politik, kerjasama semua pihak amat perlu untuk mangsa' - Rara
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman, beberapa isu terutamanya debu yang menjejaskan kesihatan penduduk perlu diselesaikan segera.
Banjir: Mayat kanak-kanak ditemui di Bentong
Mangsa dikeluarkan dari timbunan kayu-kayu yang dihanyutkan arus dengan kaedah pemugaran dan pengalihan sisa-sisa kayu.
32 selamat, 3 masih hilang kejadian banjir lumpur di Bentong
Seramai 35 orang termasuk sembilan kanak-kanak berdepan detik cemas apabila terkandas dengan satu kejadian banjir lumpur ketika mengunjungi Chalet Bobby Eco Camp, Bentong, Pahang pada malam Sabtu.
Titi Hayun di kaki Gunung Jerai dilanda kepala air sekali lagi
Kejadian berlaku sekitar jam 11 pagi selepas hujan lebat selama beberapa jam di bahagian hulu menyebabkan air melimpah ke atas jalan.