awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guardiola puji disiplin pemain Man City
Laluan kereta api laju Xi’an–Yan’an mula beroperasi
Pelakon Vijay tiba di Kuala Lumpur menjelang pelancaran audio filem Jana Nayagan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pascabanjir: 'Ketepikan politik, kerjasama semua pihak amat perlu untuk mangsa' - Rara

Fareez Azman
Fareez Azman
29/12/2021
10:46 MYT
Pascabanjir: 'Ketepikan politik, kerjasama semua pihak amat perlu untuk mangsa' - Rara
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman, beberapa isu terutamanya debu yang menjejaskan kesihatan penduduk perlu diselesaikan segera. - Foto Astro AWANI
BENTONG: Semua pihak termasuk parti politik serta kerajaan negeri perlu bekerjasama dengan pembangkang dalam menyelesaikan isu banjir yang berbangkit ketika ini.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman, beberapa isu terutamanya debu yang menjejaskan kesihatan penduduk perlu diselesaikan segera.
"Sekarang di kawasan Ketari sangat luas. Masalah sekarang ini ialah debu akibat banjir lumpur yang sangat banyak, serta masalah pelupusan sampah banjir.
"Ini dua masalah utama perlu diselesaikan segera oleh kerajaan negeri kerana ia boleh mengakibatkan masalah kesihatan," jelasnya ketika ditemui Astro AWANI pada Rabu.
Katanya, ketika ini kerjasama di antara semua pemimpin amat penting tanpa mengira fahaman politik.
Malah, ujarnya keutamaan adalah kepada mangsa banjir yang memerlukan bantuan dan menyelesaikan isu yang dihadapi mereka.
"Saya sangat berharap pihak kerajaan negeri segera beri kerjasama... minta pertolongan daripada mana pun, pastikan masalah ini diselesaikan segera.
"Dah seminggu lebih masalah tidak selesai, isu ini di mana orang nak cuci rumah tak boleh... minta kerajaan negeri melihat masalah ini dengan serius.
"Kita perlukan kerjasama pusat dan negeri, di Ketari kita dapat banyak bantuan. Pada kali ini bencana kita tolak politik... apa yang penting ialah kerjasama semua pihak untuk memastikan mangsa banjir ini terbela," katanya lagi.
Pemerhatian Astro AWANI mendapati penduduk Bentong masih giat menjalankan proses pembersihan pascabanjir di kediaman masing masing.
Topic Berkaitan
#banjir
#pascabanjir
#kerjasama
#ADUN Ketari
#Young Syefura Othman
#banjir lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan