Pembunuhan saki baki anggota Muktadil Bersaudara yang terbabit dengan kes culik untuk wang tebusan, boleh mencetuskan kemungkinan kemunculan kumpulan baharu yang dikaitkan dengan militan untuk mengambil alih kegiatan jenayah itu.
Pakar jenayah Universiti Sains Malaysia (USM) Dr P. Sundramoorthy tidak menolak kemungkinan kegiatan perniagaan Muktadil Bersaudara yang dikaitkan dengan militan Abu Sayyaf akan diteruskan kumpulan lain.
"Tidak ada keraguan. Kita mungkin akan melihat kumpulan baharu atau sekutu daripada kumpulan sedia ada muncul sebagai ancaman baharu bagi meneruskan kegiatan tersebut.
"Sekurang-kurangnya satu kumpulan jenayah dapat dihapuskan. Ia adalah kelegaan sementara untuk pihak berkuasa tapi saya percaya kumpulan itu (Muktadil Bersaudara) mempunyai sekutu untuk mengambil alih kegiatan jenayah mereka.
"Dunia jenayah menjanjikan keuntungan dan kini ia menjadi trend di kawasan tersebut," katanya kepada Bernama ketika ditanya pendapatnya apa yang berlaku kepada kumpulan Abu Sayyaf selepas kematian enam bersaudara itu.
Katanya ia adalah situasi yang agak unik bagi satu kumpulan jenayah berikutan Muktadil Bersaudara sememangnya aktif dengan kumpulan militan itu.
"Muktadil Bersaudara juga mungkin mendapat perlindungan daripada Abu Sayyaf di kawasan sempadan antara Sabah dan Filipina, terutama memaklumkan mengenai pergerakan pihak berkuasa ketika melakukan penculikan atau memungut wang tebusan, selain berkongsi hasil itu sesama mereka," katanya.
Ditanya sama ada kematian Muktadil Bersaudara akan mempercepatkan pembebasan lima anak kapal Malaysia yang diculik pada 18 Julai lepas oleh kumpulan bersenjata Abu Sayyaf di perairan Lahad Datu, Sundramoorthy berkata terdapat beberapa kemungkinan.
"Pertama, bagi mengelakkan daripada ditangkap, mangsa culik mungkin dilepaskan kumpulan militan. Kedua, mereka mungkin meninggalkan jejak untuk pihak berkuasa menjumpai semula mangsa culik," katanya.
Sebelum ini, Kedutaan Filipina dalam satu kenyataan berkata Pasukan Petugas Bersama tentera Sulu berjaya membunuh adik beradik, Nixon dan Brown Muktadil pada 27 Sept di Pulau Tambulian apabila kedua-dua lelaki bersenjata itu melawan ketika mahu ditangkap.
Nixon, yang juga ketua kumpulan itu, Brown dan yang lain-lain terlibat dalam beberapa siri penculikan untuk wang tebusan yang membabitkan 26 mangsa warga Filipina, Malaysia dan Indonesia, katanya.
"Seorang lagi saudara mereka, Mindas, dibunuh dalam insiden berbalas tembakan dengan pihak berkuasa di Jolo, Sulu, pada Mei tahun lepas. Seorang lagi saudara mereka, Khadafy Muktadil ditahan pada November lepas, juga di Jolo dan kini ditahan dipenjara," tambah kenyataan itu.
Dalam satu laporan hari ini, Badong Muktadil, saudara terakhir daripada enam beradik itu, ditemukan mati dalam sebuah bot berhampiran Pulau Siasi selepas melarikan diri daripada operasi tentera Filipina pada 27 Sept lepas.
Kumpulan adik beradik itu dilaporkan bekerjasama dengan pemimpin utama Abu Sayyaf seperti Alhabsi Misaya dan Indang Susukan yang kini juga sedang melarikan diri. - Bernama
Bernama
Sat Oct 01 2016
Kumpulan adik beradik itu dilaporkan bekerjasama dengan pemimpin utama Abu Sayyaf seperti Alhabsi Misaya dan Indang Susukan yang kini juga sedang melarikan diri.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Perintah berkurung di perairan ESSZone dilanjut sehingga 10 April
Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 10 April ini.
Abu Sayyaf: Pasukan komando UTK digerakkan ke pantai timur Sabah
Tahap keselamatan di pantai timur Sabah akan dipertingkatkan termasuk menggerakkan satu pasukan komando Unit Tindakan Khas (UTK) bagi menangani isu berkaitan kumpulan Abu Sayyaf.
Pembuat bom Abu Sayyaf sah masih hidup - ESSCom
Pembuat bom yang juga sub ketua kumpulan Abu Sayyaf, Mudzrimar atau Mundi Sawadjaan yang dilaporkan ditembak mati Mei lepas di Filipina, disahkan masih hidup.
ESSCOM keluarkan 20 senarai suspek dikehendaki terbabit kes penculikan
ESSCOM hari ini mengeluarkan senarai terkini 20 individu warga Filipina yang dikehendaki kerana terbabit dalam kes penculikan untuk wang tebusan.
Kerajaan bangun pelan tindakan kebangsaan, tangani fahaman pelampau keganasan
Kerajaan sedang membangunkan Pelan Tindakan Kebangsaan Bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (NAPPCVE).
Abu Sayyaf: Pemilik ladang perlu pastikan pekerja memiliki dokumen pengenalan diri - Polis
Hazani berkata, jika sukar memastikan pekerja memiliki dokumen yang sah, pemilik ladang perlulah mencari jalan untuk mendokumentasikan sendiri buruh mereka.
Dua anggota Abu Sayyaf maut, 11 ditahan rancang culik pemilik ladang kelapa sawit
Polis Keselamatan menggagalkan cubaan kumpulan militan Abu Sayyaf untuk melakukan penculikan untuk tebusan ke atas pemilik ladang kelapa sawit di sekitar Sandakan.
Polis Sabah tembak mati dua anggota Abu Sayyaf
Kedua-dua lelaki ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan.
Mesej Abu Sayyaf tangkap, potong anggota badan penduduk tidak benar - ESSCom
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menafikan dakwaan berlaku kejadian kumpulan Abu Sayyaf menangkap penduduk kampung dan memotong anggota badan.
Rumah jadi lokasi serang hendap pengganas Abu Sayyaf terhadap polis dimusnahkan
Enam rumah di kawasan hutan di belakang Taman Sri Arjuna, Beaufort yang menjadi lokasi serangan hendap pengganas Abu Sayyaf terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dimusnahkan.