PADANG BESAR:Peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) boleh dilucutkan hak tanah sekiranya masih berdegil menanam pokok ketum.
Ketua Unit Pewarisan, Jabatan Pengurusan Tanah Felda, Mohd Yassin Mohd Yusof berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika perkara ini berterusan.
"Tindakan pelucutan hak menerusi mahkamah boleh diambil ke atas peneroka yang menanam pokok yang tidak dibenarkan seperti pokok ketum berdasarkan Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960," katanya kepada pemberita di Felda Mata Ayer, ketika operasi bersepadu menebang pokok ketum melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Tanah Dan Galian (JTG) Perlis di sini, hari ini.
Mohd Yassin berkata buat masa ini, Felda mengambil langkah memberi nasihat serta menebang pokok ketum bagi memberi kesedaran kepada peneroka, membabitkan 317 Felda dengan lebih kurang 2.5 juta peneroka dan waris peneroka Felda.
Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad yang turut sama pada operasi tersebut berkata sebanyak 200 hingga 250 pokok ketum ditebang di Felda Mata Ayer hari ini dan akan diperluaskan ke Felda Chuping dan Felda Rimba Emas dengan anggaran sebanyak 1,500 hingga 2,000 pokok ketum.
Beliau berharap dengan usaha ini dapat mengurangkan aktiviti penyeludupan sehigga 40 peratus apabila jumlah penawaran daun ketum berkurangan.
"Kami harap negeri lain turut melakukan usaha yang sama dalam memerangi jenayah penyeludupan dan penyalahgunaan daun ketum di negara ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 30 2020
Buat masa ini, Felda mengambil langkah memberi nasihat serta menebang pokok ketum bagi memberi kesedaran kepada peneroka. - Gambar fail
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
RM300 bantuan untuk peneroka Felda pendapatan kurang RM1,000 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mengumumkan pemberian bantuan khas bersasar sebanyak RM300 kepada peneroka Felda yang berpendapatan RM1,000 ke bawah.
Polisi mampan ekonomi kitaran perlu dibangunkan - Ahmad Shabery
Ahmad Shabery berkata, sekiranya berjaya, pengaplikasian ekonomi kitaran dijangka memberi keuntungan lebih RM100 bilion.
Felda salur RM5 juta bantu peneroka terkesan banjir
Peruntukan itu meliputi perancangan menaik taraf 80 PPS yang mampu menampung 27,000 mangsa di 26 rancangan berisiko tinggi dilanda banjir.
Peneroka berpeluang jana pendapatan lebih baik menerusi Felda MADANI
Program Felda MADANI akan membantu para peneroka Felda untuk mempunyai peluang menjana pendapatan yang lebih baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Internet pantas di kawasan Felda bantu peneroka pasar produk - Ahmad Shabery
Perkhidmatan internet pantas dapat meningkatkan ekonomi digital seperti membantu peneroka memasarkan produk dan terlibat dalam e-dagang.
Pembinaan pusat hemodialisis di Felda bantu peneroka jimat kos rawatan
Kemudahan itu membantu meringankan beban kewangan ditanggung setiap kali mendapatkan rawatan di hospital yang terletak jauh dari tanah rancangan.
Penstrukturan semula kewangan FELDA, beri manfaat besar kepada peneroka
Langkah kerajaan menstruktur semula pinjaman FELDA mampu memperbaiki aliran tunai agensi itu, sekali gus memberi manfaat besar kepada kebajikan dan kesejahteraan terhadap golongan peneroka.
Felda perkenal inisiatif Waqaf Tandan Sawit, sasar kutipan RM19.2 juta setahun
Felda melalui Waqaf Felda memperkenalkan inisiatif Wakaf Tandan Sawit bagi membolehkan warga peneroka menyumbang kepada institusi wakaf ini.
KPLB pertimbang lupus hutang peneroka FELCRA berjumlah RM230 juta
Proses itu ketika ini berada pada peringkat akhir dan akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.
FELCRA kenal pasti hampir 1,500 peneroka bagi tanam semula kelapa sawit
FELCRA Berhad telah mengenal pasti hampir 1,500 peneroka di seluruh negara bagi tujuan penanaman semula kelapa sawit untuk pusingan kedua setelah tanaman itu menjangkau usia 25 hingga 30 tahun.