Perjalanan konvoi sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi ke Lenggong bertukar menjadi tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut dalam satu insiden tengah hari ini.
Kemalangan berlaku di Kilometer 264.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora apabila motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai merempuh lori treler yang berhenti di laluan kecemasan.
Dalam kejadian sekitar jam 12.20 tengah hari itu, penunggang motosikal jenis Kawasaki Z800 itu maut di tempat kejadian.
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Thamby, mangsa yang berusia 43 tahun ketika itu sedang dalam perjalanan secara berkonvoi dari Kuala Lumpur bersama sembilan buah motosikal lain.
"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati, sebuah lori muatan konkrit bangunan telah berhenti di lorong kiri dan pemandunya turun membuat pemeriksaan di bahagian brek kenderaan.
"Tiba-tiba, pemandu itu mendengar bunyi rempuhan daripada belakang dan melihat motosikal mangsa merempuh bahagian lori di sebelah kanan," katanya dalam satu kenyataan media di sini.
Jelasnya, motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk serta remuk di bahagian hadapan manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," kata Mohd Ali lagi.
Sebelum ini, PLUS melaporkan kesesakan lalu lintas di PLUS arah utara berikutan kemalangan itu yang menyebabkan pengguna jalan raya tersangkut lebih daripada tiga jam.
Nazialita Geynna Maharan
Sun Dec 03 2017
Dalam kejadian sekitar jam 12.20 tengah hari itu, penunggang motosikal jenis Kawasaki Z800 itu maut di tempat kejadian. - Foto Pengguna Facebook
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Pemuda maut dalam perjalanan ke rumah tunang
Hasrat seorang pemuda berkunjung ke rumah tunangnya di Kampung Batu Balai, Jerantut untuk makan tengah hari tidak kesampaian selepas maut dalam kemalangan di KM 9 Jalan Benta-Jerantut, hari ini.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Warga emas jatuh motosikal maut digilis treler
Mangsa yang berusia 73 tahun itu dipercayai digilis di bahagian kepala serta badan dan tersepit di bawah lori di bahagian tayar hadapan.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Suami isteri maut, motosikal berkuasa tinggi rempuh pokok
Polis berkata dalam kejadian 9.15 pagi itu mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan dari arah Jeli ke Dabong.
Remaja maut rempuh kenderaan polis
Mangsa tercampak setinggi beberapa meter sebelum terjatuh apabila motosikalnya merempuh kenderaan polis.
Dua rakan maut pulang selepas cuti beraya
Motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan dan melanggar tembok simen pembahagi jalan sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak.
Tragedi pagi Syawal: 3 maut, 3 parah dilanggar ketika ke masjid untuk solat Aidilfitri, pemandu positif ganja
Kereta yang dipandu seorang lelaki warga tempatan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan.