Ketahanan fizikal dan mental merupakan antara ujian getir bagi para penyelam untuk membersihkan dasar laut tanpa henti.

Masuk hari ke-tujuh, lebih dua tan sampah berjaya dikutip dalam program pembersihan laut dalam terpanjang Astro Kasih di Taman Marin Tunku Abdul Rahman, Sabah.

Masa semakin hampir di mana para peserta mempunyai kurang daripada 24 jam lagi sebelum mencatat rekod membersihkan laut dalam selama 168 jam.

Astro Awani juga berpeluang menyelami dasar laut bagi meninjau misi pembersihan berkenaan.

Selepas menyelam kira-kira sejam, setiap ahli kumpulan membawa sampah masing-masing.

Sampah-sampah yang dikutip kemudiannya ditimbang dan dicatat sebelum dihantar ke pusat pengumpulan sampah di jeti taman-taman sabah untuk dilupuskan.