Pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara esok adalah satu upacara yang dinanti-nantikan bukan sahaja oleh rakyat Malaysia tetapi juga perwakilan asing yang berpangkalan di Malaysia.
Istiadat pertabalan itu yang kaya dengan sejarah dan penuh tradisi, diadakan hanya sekali setiap lima tahun, pastinya akan menjadi tumpuan ketua-ketua perwakilan asing yang dijemput menghadiri istiadat itu.
Duta Ukraine, Olexander Nechytaylo yang akan menyaksikan istiadat pertabalan itu buat pertama kali, berbangga kerana diberi penghormatan menjadi sebahagian daripada peristiwa unik bagi memastikan kesinambungan dan kestabilan negara.
"Ketika saya menyerahkan watikah pelantikan saya kepada Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Julai tahun lepas, saya benar-benar terkejut apabila mengetahui hakikat bahawa saya belum lahir lagi ketika baginda mula berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Agong buat pertama kali pada 1970.
"Saya juga mendapati ia sangat simbolik apabila raja yang paling muda dalam kalangan Raja-Raja Malaysia mengambil alih tampuk pemerintahan daripada yang lebih senior," katanya kepada Bernama.
Pada usia 47 tahun, Sultan Muhammad V merupakan raja yang paling muda di sembilan negeri.
Ditanya apa yang mengagumkan beliau mengenai Agong baharu, duta itu berkata ia adalah titah Sultan Muhammad V yang dibuat ketika merasmikan mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen ke-13 bulan lepas.
Baginya, Sultan Muhammad V "semestinya simbol kepada Malaysia yang moden, dinamik dan membawa aspirasi wawasan baharu pada abad ke-21".
Sementara itu, Duta Argentina Manuel Balaguer Salas yang memulakan tugasnya di sini tahun lepas, menyifatkan pertabalan Agong itu sebagai ''istiadat yang bermakna, simbolik dan penting'' kepada negara dan semua rakyat Malaysia.
Pernah ke Istana Negara untuk menyerahkan watikahnya kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum ini, beliau teruja kerana buat pertama kalinya berpeluang menyertai istiadat pertabalan Sultan Muhammad V.
Bagi Pesuruhjaya Tinggi New Zealand Dr John Subritzky yang akan turut hadir ke istiadat esok buat pertama kali berkata, ia pasti menjadi menjadi peristiwa yang sangat istimewa bagi Malaysia yang kaya dengan budaya dan sejarah.
"Ia akan mencerminkan kepentingan Perlembagaan terhadap kedudukan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong. Saya belum lagi bertemu baginda tetapi berharap mempunyai peluang untuk berbuat demikian sebelum tugas saya tamat di Malaysia," katanya.
Duta Jepun ke Malaysia Makio Miyagawa pula berkata hubungan baik antara kerabat diraja Malaysia dan keluarga Maharaja Jepun adalah khazanah hubungan erat buat Malaysia dan Jepun.
"Putera Mahkota Jepun yang baru-baru ini melawat Malaysia menyatakan bahawa baginda kagum dengan kemesraan, kemurahan hati dan sikap bersahaja Seri Paduka Baginda," kata Miyagawa yang amat gembira diberi penghormatan untuk menghadiri istiadat pertabalan penuh tradisi itu.
Bagi pihak kerajaan dan rakyat Jepun, beliau mengucapkan selamat maju jaya untuk kemakmuran, kesihatan yang baik dan kebahagian buat Yang di-Pertuan Agong dan rakyat Malaysia.
Sultan Muhammad V dari Kelantan dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada mesyuarat khas Majlis Raja-Raja pada Oktober tahun lepas, menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu''adzam Shah. Baginda melafaz sumpah memegang jawatan itu pada 13 Dis lepas. -- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 23 2017
Istana Negara bermandikan cahaya pada malam 21 April 2017 menjelang Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V, sebagai ketua utama negara. - fotoBERNAMA
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Surat hasrat perjodohan, Sijil Nikah Sultan Abdullah-Tunku Azizah di Muzium Diraja
Beberapa dokumen pernikahan seperti buku atur cara pernikahan, sijil nikah, serta alas tempat akad nikah turut dipamerkan di Muzium Diraja.
Tunku Azizah curi tumpuan netizen, mencemar duli di Live IG Rizalman
Menjunjung kasih Tuanku.
Tidak pernah ber'dating', Raja Permaisuri Agong kenang cinta 'padang polo'
Titah Raja Permaisuri Agong, disebabkan ayahanda baginda terlalu tegas, baginda tidak pernah keluar berjanji temu dengan Tuanku Agong.
Agong terima persembahan syiling khas sempena pertabalan
Syiling khas itu dikeluarkan bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai.
Pakai kain tenun khas dari penjara untuk Istiadat Pertabalan, Raja Permaisuri Agong bangga
Kain tenun itu merupakan sentuhan rekaan yang diilhamkan baginda sendiri dan ia bertambah unik dan istimewa kerana tenunan khas tersebut adalah hasil kerja tangan penghuni penjara.
Tiga bulan siapkan muskat Agong - Tukang jahit
Tugas rumit namun rasa bangga mengatasi segala-galanya apabila sekali lagi diberi kepercayaan oleh Istana Negara untuk menyediakan persalinan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V.