Sepucuk pistol dijumpai di dalam sebuah tong gas di sebuah syarikat pembekal minyak dan gas di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Zainudin Ahmad berkata pistol itu bersama beberapa butir peluru dijumpai oleh pekerja syarikat pembekal minyak dan gas terbabit pada kira-kira pukul 4 petang.

"Ekoran itu, kita sedang menyiasat dari pelbagai aspek," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan enam sebatan.

-- BERNAMA