Beberapa jalan di sekitar Klang akan ditutup sepenuhnya mulai esok hingga 14 April ini bagi mengurangkan pergerakan orang awam sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata jalan yang akan ditutup adalah di Kilometer (KM) 3.5 Jalan Shapadu Lama; KM3.7 Jalan Shapadu Lama ke Rantau Panjang; Jambatan Raja Muda Nala (Jalan Tanjung Syawal); Jambatan Musaeddin (Jalan Batu Tiga Lama); dan Jalan Paip/Jalan Bukit Cherakah.
"Orang ramai disaran mematuhi PKP dan menggunakan jalan alternatif yang disediakan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli dalam kenyataannya pula berkata Jalan Tengku Kelana di bandar Klang juga akan ditutup sepenuhnya.
Selain itu kata beliau, lima sekatan jalan raya akan dilakukan 24 jam sehari di sekitar Klang Selatan sehingga berakhirnya PKP iaitu di Persiaran Kota; Batu 2 Jalan Langat; KM24.3 Lebuhraya Kesas; persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Jati dan Jalan Kampung Jawa.
"Orang awam yang mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan PKP boleh menghubungi Polis Klang Selatan di talian 03-33762400," katanya.
Di PETALING JAYA, sekatan jalan raya di sekitar daerah itu akan dipertingkat dari semasa ke semasa.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata setakat ini, pihaknya telah melaksanakan 11 sekatan jalan raya dan menutup empat jalan di daerah ini.
Mengenai tindakan seorang wanita mengeluarkan kata-kata kesat kepada polis hari ini, beliau berkata wanita itu kini ditahan untuk siasatan lanjut.
"Wanita itu mungkin tidak berpuas hati kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Kami hanya laksanakan tugas demi keselamatan orang ramai dan semua pihak perlu faham," katanya kepada pemberita ketika meninjau sekatan jalan raya di Persiaran Surian di sini, hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 31 2020
Orang ramai disaran mematuhi PKP dan menggunakan jalan alternatif yang disediakan. - Gambar hiasan/BERNAMA
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
Mindef sedia hantar ATM ke Asia Barat bantu urus keselamatan pelajar Malaysia - Adly
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata ATM sentiasa bersiap siaga jika bantuannya diperlukan.
PM Thailand bimbang peningkatan pertempuran berhampiran sempadan dengan Myanmar
Srettha berkata beliau memantau rapi keadaan itu, dan komited untuk memastikan keselamatan rakyat Thailand.
Konflik Iran-Israel: Kerajaan utamakan keselamatan jemaah haji - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menjelaskan, keselamatan dan kebajikan jemaah haji menjadi keutamaan kerajaan dan TH.
Industri perbankan bekerjasama dengan pengawal selia, agensi untuk tingkatkan keselamatan pelanggan
Industri perbankan berusaha meningkatkan langkah keselamatan mengikut modus operandi penipuan terkini.
Sistem PADU selamat lindungi data pengguna - CSM
Keselamatan sistem PADU juga dipantau secara berterusan oleh agensi kerajaan yang kompeten dan bertauliah.
Had laju beberapa jalan dalam tapak warisan George Town dikurangkan kepada 40km/j
Kebanyakan jalan di tapak warisan sempit selain kenderaan sering dipandu laju terutamanya motosikal dan ia membahayakan orang awam.
Euro 2024: Jerman perketat kawalan sempadan
Menteri Dalam Negeri Jerman Nancy Faeser mengumumkan untuk melindungi UEFA Euro 2024 daripada sebarang ancaman keganasan yang berpotensi.
Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla pantau rapat serangan kebakaran di selatan Thailand
Berdasarkan laporan terkini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas kerana insiden berkenaan.
China, ASEAN bekerja keras muktamadkan COC di Laut China Selatan - Menteri Luar China
Menteri Luar China Wang Yi berkata COC akan menjadikan Laut China Selatan kekal sebagai "lautan keamanan dan kerjasama".
86 kes tangkapan bot nelayan asing cuba ceroboh perairan negara tahun lepas - Shamsul Anuar
Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata bagaimanapun isu pencerobohan bot nelayan asing yang cuba mencuri hasil laut negara masih terkawal.