Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menziarahi Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mereka meluangkan masa sejam bersama Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.

Muhyiddin kini beransur pulih selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas di sebuah hospital di ibu negara 12 Julai lalu.

BACA: Kesihatan Muhyiddin semakin pulih

Beliau dijangka bercuti selama sebulan.

Sepanjang tempoh berkenaan, tugas Menteri Dalam Negeri dipangku Dr Mahathir.