NIBONG TEBAL:Polis Pulau Pinang membongkar makmal memproses dadah yang mencampur dan membungkus semula bahan itu dalam minuman pelbagai perisa pek tiga dalam satu selepas menahan dua rakan dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM37,752 dalam serbuan di sebuah rumah di Nibong Tebal, di sini pada Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Lee Chong Chern berkata bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, pihaknya menyerbu sebuah rumah teres dua tingkat pada 8.30 malam dan menahan lelaki berumur 35 tahun serta rakan wanitanya berumur 29 tahun.
"Semasa serbuan itu, dua individu berkenaan berada di dalam bilik dan pemeriksaan polis di dalam rumah berkenaan menemukan 507 gram (g) dadah jenis MDMA, 54 g (ketamin), 16.03 g (syabu), 6.58 g pil yaba dan pelbagai cecair perisa serta peralatan untuk memproses dadah.
"Semua dadah yang dirampas dalam serbuan di rumah yang disewa dua rakan jenayah itu bernilai RM37,752 dan siasatan awal mendapati mereka mempunyai kepakaran untuk memasak serta memproses dadah sebelum membungkus semula di dalam pek minuman terutama minuman jus tiga dalam satu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya, mereka dipercayai menjalankan kegiatan itu sejak lapan bulan lepas dan semua bungkusan minuman yang mengandungi dadah tersebut dijual di sekitar negeri ini terutama di pusat-pusat hiburan.
Lee berkata bungkusan minuman itu akan dibancuh sendiri oleh pembeli ketika sedang berhibur di pusat hiburan malah tiada sesiapa yang akan mengesyaki ia mengandungi dadah kerana menggunakan pek asal minuman tersebut seperti yang dijual di pasaran.
"Siasatan kami mendapati mereka menjalankan kegiatan itu berdua sahaja kerana masing-masing mempunyai kepakaran untuk memprosesnya sebelum menjual kepada pembeli terdiri daripada pelanggan tetap di pusat hiburan, polis masih siasat berapa harga setiap pek minuman mengandungi dadah berkenaan," katanya.
Difahamkan, setiap pek minuman mengandungi dadah yang boleh mengkhayalkan mereka yang meminumnya itu dijual dengan harga RM100 hingga RM200 berdasarkan jenis dadah yang terdapat di dalam pek berkenaan.
Beliau berkata lelaki yang bekerja sebagai pekerja membaiki pendingin hawa dan rakannya yang tidak bekerja itu positif dadah serta mereka juga mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah.
"Pasangan itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Semua dadah yang dirampas itu boleh digunakan oleh 1,983 penagih," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 28 2020
Lee (kanan) menunjukkan dadah dan peralatan memproses dadah yang dirampas bernilai RM37,752 ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Pois Daerah Seberang Perai Selatan hari ini. -- fotoBERNAMA
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Polis tumpas sindiket seludup 100kg ganja setiap minggu dari negara jiran
Sindiket itu menjual semula ganja berkenaan dalam pelbagai bentuk dan berat kepada pembeli di seluruh negara.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Pengurus kargo cederakan isteri dan anak, jalani hukuman penjara dua tahun
Hakim mengeluarkan waran penahanan terhadap Sritharan yang dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu rayuannya, untuk dibawa ke penjara.
Pesara KOKITAB maut dilanggar lari
Mangsa, Mohd Abdillah Abu Bakar, 63, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Lelaki warga emas maut terjatuh dari tingkat 13 rumah pangsa
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis sedang menunggu laporan bedah siasat berhubung kes tersebut.
Pekerja kilang maut terjatuh dalam mesin pembancuh simen
Seorang pekerja kilang maut selepas dipercayai terjatuh di dalam mesin pembancuh simen di tempat kerjanya, di Seksyen 35, di sini pada Rabu.
Polis lepaskan tembakan, pemandu kereta seludup 22 tong plastik petrol
Anggota polis daripada Pasukan Gerakan Am melakukan rondaan dan terlihat sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan, sebelum bertindak mengejarnya.
Insiden selisih faham di Taiping, polis minta saksi tampil bantu siasatan
Pemilik akaun Facebook 'Kelvin Lim' dan orang awam yang ada maklumat diminta tampil melengkapkan siasatan polis terhadap video tular itu.
Polis tumpas kegiatan pengedaran dadah jenis jus minuman
Suspek berumur 42 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang dalam operasi kira-kira 12.10 tengah malam.