Langkah Barisan Nasional (BN) mengumumkan calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lebih awal adalah tepat bagi mengelak unsur sabotaj terhadap parti dan calon yang dipilih, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata langkah luar kotak yang diambil Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN akan memberi Iebih masa kepada kepimpinan parti untuk melakukan proses 'pemujukan' terhadap mana-mana pemimpin di sesuatu kawasan yang tidak dipilih sebagai calon.
"Ia sekali gus berupaya menjauhkan unsur sabotaj yang biasa terjadi sebelum ini apabila mereka yang berpengaruh tidak dicalonkan, mempengaruhi jentera parti untuk tidak melaksanakan tugas dalam kempen pilihan raya yang sedang berlangsung," katanya dalam sidang media selepas menyertai rakaman program bual bicara 'Orang Diparol' di Studio Al-Hijrah di sini hari ini.
Dalam sidang media bersama wartawan Malaysia di Sydney, Australia semalam, Najib berkata BN mungkin akan mengumumkan calon bagi PRU14 lebih awal berbanding dua atau tiga hari sebelum PRU seperti diamalkan selama ini.
Menurut Ahmad Zahid, berdasarkan pengalaman sebelum ini, langkah mengumumkan calon sehari sebelum hari penamaan calon dilihat tidak lagi sesuai dilaksanakan pada PRU14 dan juga mana-mana pilihan raya selepas ini.
Ahmad Zahid dalam pada itu berkata pemilihan calon BN bagi PRU14 dibuat selepas kajian dinamik dan menyeluruh terhadap individu yang dicadangkan oleh akar umbi parti, bahagian dan negeri masing-masing.
Beliau berkata kajian dinamik itu membabitkan tiga faktor penting iaitu aspek kesedaran masyarakat mengenai kewujudan calon di sesuatu kawasan, tahap penerimaan pengundi serta daya kemenangan yang dimiliki calon tersebut.
"Kajian ini dilakukan secara dinamik, ertinya ia bukan kajian rambang.
"Jika di sesuatu kawasan Dewan Undangan Negeri atau Parlimen tidak ada calon yang boleh diterima masyarakat, kami lakukan pilihan kedua," katanya, serta menambah bahawa kuasa menukar calon adalah hak mutlak Najib.
Mengenai momentum sokongan dan penerimaan rakyat terhadap BN, Ahmad Zahid berkata ia semakin positif dan memberangsangkan khususnya di kawasan yang dikategorikan sebagai 'hitam' dan 'kelabu'.
Beliau juga 'lega' apabila teguran yang dibuatnya ketika melawat sesuatu kawasan diterima baik oleh seluruh anggota UMNO dan jentera BN.
Berhubung kenyataannya semalam yang dilapor sedia berundur lebih awal daripada dunia politik, Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk secara berseloroh berkata PRU14 adalah yang terakhir bagi dirinya jika tidak lagi dipilih Najib selepas ini.
"Jika saya masih diperlukan pengundi Bagan Datuk, saya akan berhenti sebelum usia 93 tahun," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 19 2018
Ahmad Zahid berkata momentum sokongan dan penerimaan rakyat terhadap BN semakin positif dan memberangsangkan khususnya di kawasan yang dikategorikan sebagai 'hitam' dan 'kelabu'. - Gambar fail
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
Tahun Baharu Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid
Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.
Stoking tertera kalimah Allah: Ahmad Zahid minta semua pihak patuhi titah Agong
Ahmad Zahid menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R.
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
22 juta umat Islam belanja RM5.4 bilion di bazar Ramadan - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid mengingatkan kepada umat Islam agar bersederhana ketika berbelanja pada bulan puasa dan mengelak pembaziran.
Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan.
KEB: 74 resolusi, 150 program dimuktamadkan hari ini - Ahmad Zahid
Resolusi dan program itu, telah dirangkumkan di bawah Transformasi Ekonomi Bumiputera.