Kementerian Pendidikan berhasrat untuk meneruskan Pusat Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Negara yang merupakan inisiatif kerajaan terdahulu bagi meningkatkan kualiti pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, bagaimanapun, kerajaan tidak akan membebankan guru-guru dan para pelajar dengan menambah silibus tetapi akan meningkatkan kualiti pendidikan secara semula jadi.

"Setiap yang baik diusahakan oleh kerajaan terdahulu akan diteruskan seperti termaktub dalam pelan pembangunan pendidikan negara tetapi kita akan buat kajian bagi melihat keberkesanannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Karnival Raya Karangkraf di sini pada Ahad.

Sementara itu, Maszlee turut mengulas mengenai isu timbalan naib canselor sebuah universiti tempatan yang didapati melakukan plagiat dalam tesisnya.

Beliau berkata, perkata itu sudah diambil maklum oleh pihak kementerian dan timbalan naib canselor itu sendiri.