awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maszlee tolak lantikan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat MARACorp

Astro Awani
Astro Awani
09/05/2020
04:42 MYT
Maszlee tolak lantikan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat MARACorp
Pada Jumaat, Kementerian Pembangunan Luar Bandar mengumumkan pelantikan Maszlee sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat MARACorp. - Gambar fail
Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik menolak pelantikan beliau sebagai Pengerusi Jawantankuasa Penasihat Mara Corp.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebooknya, Maszlee menjelaskan buat masa ini beliau lebih terkesan dengan kesempitan hidup rakyat ekoran pandemik COVID-19.
"Justeru itu, saya tidak boleh menerima lantikan ini buat masa ini. Kita masih belum menang melawan Covid-19. Negara kita harus menang dahulu, bebas dari bencana, dan kehidupan rakyat kembali stabil," katanya.
Beliau juga yakin MARA telah mencapai banyak kemajuan sejak ia ditubuhkan dan banyak lagi potensi yang boleh dikembangkan.
Katanya, MARA telah melahirkan ramai golongan profesional dan usahawan bumiputera yang secara tidak langsung telah membantu memartabatkan ekonomi golongan bumiputera.
"Agensi ini perlu memberikan tumpuan sepenuhnya untuk benar-benar membantu golongan B40, pekerja makan gaji hari, juga bumiputera yang telah kehilangan kerja dan ramai lagi kelompok rakyat yang terjejas akibat COVID-19.
"Mereka sangat-sangat perlu dibantu," katanya.
Pada Jumaat, Kementerian Pembangunan Luar Bandar mengumumkan pelantikan Maszlee sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat MARACorp.
BACA: Maszlee Malik dilantik Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Mara Corp
Sumber Facebook DrMaszleeMalik
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#Dr Maszlee Malik
#Jawantankuasa Penasihat Mara Corp
#Kementerian Pembangunan Luar Bandar
#KPLB
#MARA
#pengerusi
#PKP
#Simpang Renggam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan