Lebih 400 orang rakyat Malaysia selamat tiba ke tanah air melalui proses repatriasi yang dikendalikan Kementerian Luar, selepas terkandas di beberapa buah negara di Timur Tengah, disebabkan ketiadaan penerbangan pada masa ini akibat penularan COVID-19.
Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar berkata, rakyat Malaysia yang terkandas di Arab Saudi, Algeria, Tunisia, dan Maghribi, telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tengah hari Jumaat.
"Seramai 91 daripada mereka yang terkandas di Arab Saudi, selamat tiba di KLIA kira-kira jam 1.05 tengah hari dengan menaiki pesawat Malindo Air. Mereka sebelum itu telah menaiki pesawat bantuan kemanusiaan Saudia Airlines yang dihantar oleh Kerajaan Singapura, bagi membawa pulang warganya dari Arab Saudi.
"Manakala seramai 312 warga Malaysia yang terkandas di Algeria, Tunisia dan Maghribi tiba di sini kira-kira jam 1.40 tengah hari menaiki pesawat sewaan khas Air Asia X. Penumpang dari Maghribi yang mengikuti penerbangan pulang ini telah diterbangkan khas dari Maghribi ke Algeria, untuk turut serta dalam misi repatriasi tersebut", katanya dalam satu kenyataan.
Kamarudin berkata, 17 warganegara Indonesia, Singapura (6), Jepun (9) dan Korea (2) turut dibenarkan menaiki pesawat berkenaan, sebagai mengambil kira semangat 'ASEAN solidarity' dan kesemua mereka dijadual akan mengambil penerbangan seterusnya untuk pulang ke negara masing-masing.
"Kerajaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kesemua negara yang menghulurkan bantuan, dalam memastikan misi ini berjaya dilaksanakan," katanya.
Dalam pada itu, Kementerian Luar turut mengambil maklum ketibaan 371 lagi rakyat Malaysia dari Mesir, yang telah tiba pada hari ini jam 5.25 pagi tadi, di mana mereka telah pulang atas pembiayaan sendiri dengan menaiki pesawat kelolaan Zara Zakiah Sdn Bhd.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 24 2020
KAMARUDIN: Kerajaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kesemua negara yang menghulurkan bantuan, dalam memastikan misi ini berjaya dilaksanakan. - Gambar BERNAMA
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.