Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy mencabar Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengemukakan bukti kukuh bahawa tiga rakyat asing yang ditahan Ahad lepas adalah anggota pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE).
Beliau berkata kumpulan pengganas LTTE telah lama berkubur dan ketiga-tiga rakyat asing yang ditahan itu mempunyai kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) untuk menetap di negara ini serta mengelak daripada diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
"Bagaimana beliau (Khalid) boleh kata bahawa LTTE wujud, polis Malaysia ini tidak membuat kajian langsung, mereka ambil tindakan apabila mereka terima maklumat daripada pihak Sri Lanka...ini adalah pelarian Tamil.
"Saya cabar ketua polis negara sekiranya beliau ada bukti, kemukakan dan saya sedia berdebat dengannya...jangan dengan mudah menahan pelarian Tamil yang perlukan perlindungan," dakwanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Ramasamy mengadakan sidang akhbar itu khusus mengenai penahanan tiga rakyat asing yang disyaki anggota kumpulan pengganas LTTE dalam beberapa serbuan di Petaling Jaya dan Klang, Selangor pada 15 Mei lepas.
Khalid dalam kenyataannya sebelum ini berkata suspek menyusup masuk ke Malaysia sejak 2004 dan menjadikan negara ini sebagai pangkalan untuk mengumpul dana, menyebarkan propaganda selain berusaha mengaktifkan semula aktiviti kumpulan LTTE khususnya di peringkat antarabangsa.
Bernama
Tue May 27 2014
RAMASAMY: jangan dengan mudah menahan pelarian Tamil yang perlukan perlindungan. -Gambar Fail
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
DUN Pulau Pinang lulus usul tergempar kutuk kezaliman terhadap Rohingya
Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang malam ini sebulat suara meluluskan usul tergempar mengutuk kezaliman rejim tentera Myanmar terhadap golongan minorit Islam Rohingya di negara itu.
Dilempar molotov cocktail: Polis kaji rakaman CCTV di pejabat Ramasamy
Polis akan menjalankan siasatan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam kejadian itu.
Ramasamy cabar Khalid kemuka bukti pelarian Tamil adalah pengganas
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy mencabar Ketua Polis Negara untuk kemukakan bukti kukuh bahawa tiga rakyat asing yang ditahan pada Ahad lepas adalah pengganas Tamil Tigers.