Usahawan digesa merebut peluang terhadap peruntukan RM10 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2020 berhubung pensijilan halal, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.
Beliau berkata peruntukan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) itu boleh membantu usahawan yang sebelum ini gagal mendapatkan pensijilan halal kerana tidak menepati kriteria yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Malaysia (JAKIM).
Katanya, dengan memiliki pensijilan halal, usahawan akan memperoleh banyak kelebihan dalam aspek pemasaran produk mereka.
"Memang terdapat banyak kes di mana usahawan gagal memperoleh pensijilan halal kerana mereka tidak menepati syarat yang ditetapkan.
"Peruntukan itu boleh digunakan usahawan untuk membawa perniagaan mereka selangkah ke hadapan dengan menambah baik perniagaan mereka bagi memohon pensijilan berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program sambutan Hari Kemahiran dan Keusahawanan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Pahang 2019 serta Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku (WINS) di Serambi Teruntum di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengarah KEMAS Pahang Azman Muhammad Radzi.
Semasa membentangkan Belanjawan 2020, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan akan memperuntukkan RM10 juta kepada MED bagi khidmat nasihat dan kesedaran untuk pensijilan halal, pembangunan produk halal dan menyediakan platform kepada peserta pasaran untuk bersaing di pasaran halal antarabangsa yang kini dianggarkan bernilai AS$3 trilion.
Terdahulu dalam ucapannya, Fuziah berkata golongan wanita yang keluar daripada sektor pekerjaan kerana ingin menjadi suri rumah boleh kembali bekerja jika mengetahui cara yang betul.
"Biarpun sekadar suri rumah, anda juga boleh berjaya dan menjana pendapatan lumayan. Saya sedar tanggungjawab wanita di rumah amat besar namun ia tidak membataskan keupayaan wanita untuk berjaya dan melangkah lebih jauh.
"Saya beri contoh wanita yang saya temui baru-baru ini yang sudah lama tidak bekerja dalam bidang perakaunan. Saya kata cari syarikat kecil yang tiada akaun dan ambil upah buat akaun mereka di mana satu kedai atau syarikat anda boleh ambil upah RM200, kalau lima kedai sebulan sudah dapat RM1,000," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 20 2019
Fuziah berkata golongan wanita yang keluar daripada sektor pekerjaan kerana ingin menjadi suri rumah boleh kembali bekerja jika mengetahui cara yang betul. - Bernama
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Keputusan UPKK Khamis depan
Keputusan UPKK Tahun 2024 boleh disemak pada 18 April bermula jam 12 tengah hari.
Isu logo didakwa mirip kalimah Allah di tapak kasut: Tindakan tegas jika disengajakan - Jakim
Tindakan sewajarnya perlu diambil sekiranya wujud elemen disengajakan dalam isu logo kasut keluaran Vern's yang didakwa mirip kalimah Allah.
Polis rampas 1,145 kasut guna logo mirip kalimah Allah - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas sebanyak 1,145 pasang kasut bagi membantu siasatan berkaitan logo kasut didakwa mirip kalimah Allah.
Logo kasut didakwa mirip kalimah Allah, JAKIM panggil pihak berkaitan esok
JAKIM telah diarah memanggil pihak berkaitan logo kasut yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah, esok untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Masjid Negara mohon maaf isu pengunjung lelaki dipaksa pakai tudung
Pengurusan Masjid Negara memohon maaf berhubung video tular mengenai tindakan seorang pengawal keselamatan wanita yang meminta pengunjung lelaki memakai tudung ketika memasuki masjid berkenaan.
Kasut Vern's: Mula-mula marah, tetapi enggan bersikap semberono - Dr Akmal
Jika tiada penjelasan dalam 24 jam, Dr Akmal berkata, Verns diharap tidak menyalahkan mana-mana pihak sekiranya gerakan boikot berlaku.
Perdana Menteri dijangka hadir Majlis Iftar MADANI anjuran JAKIM esok
Majlis bermula pukul 5.30 petang, akan turut menyediakan 10,000 pek juadah berbuka dan bubur lambuk Kampung Baru.
Stoking kalimah Allah: JAKIM beri amaran keras kepada pengurusan KK Supermart
JAKIM memberi amaran keras kepada pengurusan KK Supermart and Superstore Sdn Bhd supaya isu melibatkan sensitiviti keagamaan tidak berulang lagi.
Mohamad Sabu terima kunjungan hormat Menteri Luar Argentina, persijilan halal antara dibincang
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menerima kunjungan hormat Menteri Luar Argentina Diana Mondino, semalam.
Majlis ilmu Madani digerakkan di kementerian, jabatan kerajaan - Mohd Na'im
Majlis ilmu Madani akan terus digerakkan di semua kementerian dan jabatan kerajaan bagi menyemarakkan budaya ilmu dalam masyarakat.