Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak akan mengurangkan kuota pelajar tajaannya ke luar negara serta jumlah pembiayaan pelajar berikutan kejatuhan nilai mata wang ringgit ketika ini.
Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa berkata Mara masih mempunyai keupayaan untuk menaja 210,000 pelajarnya, malah terdapat dana tambahan sebagai persediaan untuk menampung pembiayaan pelajar berkenaan.
"Buat masa ini, kami sedang mengembangkan dana pendidikan yang kami ada... kami ada bajet tahunan daripada kerajaan dan MARA juga sudah membuat satu dana endowmen bernilai RM1 bilion serta kita wujudkan satu kerjasama antara Mara dan pihak bank sebagai kemudahan tambahan," katanya kepada Bernama.
Bercakap mengenai kerisauan ibu bapa pelajar tajaannya berkenaan masalah kewangan yang mungkin dihadapi pelajar yang menuntut di luar negara akibat kemerosotan mata wang negara, Annuar memberi jaminan bahawa jumlah wang yang diberikan kepada mereka akan kekal dan tidak akan dikurangkan.
"Ini kerana wang yang diterima oleh pelajar adalah dalam bentuk nilai mata wang negara itu (negara tempat mereka belajar) dan bukannya dalam bentuk nilai mata wang Ringgit Malaysia (RM)," katanya.
Sementara itu, Annuar berkata MARA tidak berhasrat untuk menjual aset hartanahnya di Australia untuk membiayai lebih ramai pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Beliau berkata tiada keperluan untuk berbuat demikian kerana agensi kerajaan tersebut masih mampu membiayai dan menaja pelajar dalam mahupun luar negara.
Katanya aset yang dimiliki oleh MARA kini mendapat pulangan dan keuntungan yang besar sekali gus membantu aliran wang tunai agensi kerajaan itu.
"Nilai-nilai aset yang kami ada, kami beli dalam Ringgit Malaysia dan sekarang kami membuat keuntungan besar. Jika kami jual aset tersebut sekarang, memang Mara akan mendapat keuntungan yang berganda daripada keempat-empat belian aset itu," katanya.
Baru-baru ini, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dilaporkan berkata MARA Incorporated dicadangkan supaya menjual hartanahnya di Australia yang bernilai RM63 juta selain aset-aset lain bagi membolehkannya menaja lebih ramai pelajar melanjutkan pengajian di luar negara.
MARA Incorporated yang merupakan anak syarikat Mara memiliki aset bernilai RM600 juta di Australia dan United Kingdom.
Bernama
Fri Aug 28 2015
ANNUAR: Mara masih mempunyai keupayaan untuk menaja 210,000 pelajarnya, malah terdapat dana tambahan sebagai persediaan untuk menampung pembiayaan pelajar berkenaan.
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu ditutup
Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) ditutup tepat pada pukul 10 pagi selepas dibuka 9 pagi ini.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun
Annuar membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan parti Islam berkenaan tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.
Pengarah syarikat gagal batal tuduhan tawar suapan berhubung ambil alih konsesi Menara KL
Mahkamah hari ini menolak permohonan seorang pengarah syarikat untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.
PRN: Eizlan Yusof hilang suara bantu kempen
Datuk Seri Eizlan Yusof, 52, hampir hilang suara susulan turut berkempen bersama-sama Tan Sri Annuar Musa untuk Perikatan Nasional (PN) sempena pilihan raya negeri (PRN) sejak Julai lalu.