HARGA runcit petrol RON97 meningkat 4 sen, manakala RON95 dan diesel kekal pada harga semasa bagi tempoh 6 hingga 12 Julai 2019.

Berikut adalah harga terkini harga ketiga-tiganya menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) yang diterbitkan hari ini:

Menurut MOF, berdasarkan Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit petrol RON95 dan diesel sepatutnya diletakkan pada RM2.23 seliter dan RM2.32 seliter masing-masing.

Tetapi kerajaan mengambil tindakan bagi mengekalkan harga semasa menerusi subsidi.

Tambahnya, anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh 6 Julai sehingga 12 Julai 2019 adalah sebanyak RM99.53 juta.