Pendedahan pelbagai perspektif selain perbincangan umum semua pihak perlu dibuat sebelum sebarang rumusan kajian Statut Rom dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja.
Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata ia termasuk kaitan isu itu dalam konteks negara yang mengamalkan konsep Raja Berperlembagaan.
"Bagi saya tidak ada motif politik daripada kajian dijalankan pakar undang-undang tersebut namun apa yang dikesalkan pandangan yang diberikan tidak mencapai pelbagai perspektif, misalnya adakah dengan ratifikasi Statut Rom itu akan memberi kebaikan atau bukan sahaja memberi keburukan kepada negara.
"Apakah pula kesan kesan baik jika negara menandatangani perjanjian tersebut. Jadi ini sebenarnya yang dipersoalkan oleh pelbagai pihak kerana apa yang diutarakan di dalam kajian itu lebih menunjukkan bahawa dengan meratifikasikan perjanjian itu, ia akan memberi kesan tidak baik terutama dari segi kedudukan institusi raja-raja.
"Tentu jika pandangan itu tidak mengambil kira pelbagai perspektif, maka ia nanti dikhuatiri akan memberi gambaran salah bahawa terdapat kesan-kesan negatif apabila negara meratifikasi perjanjian tersebut," katanya semasa dihubungi, di sini, pada Selasa.
BACA: Statut Rom: Syed Saddiq pertahan Tun Mahathir
BACA: Ada usaha burukkan PH guna isu Statut Rom - Tun Mahathir
Rumusan eksekutif Statut Rom dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja pada 2 April lalu.
Rumusan itu dilakukan Dekan Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad dan Pakar Perlembagaan Persekutuan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz.
Selain itu, dua pensyarah undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Fareed Mohd Hassan dan Hisham Hanapi turut terlibat dalam kajian tersebut.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Hubungan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Muhammad Fuad Othman menjelaskan, isu sebenar adalah proses sebelum keputusan ratifikasi itu diputuskan kerajaan.
"Saya kira sebenarnya Statut Rom ini menjamin hak, sebagai contoh hak kemanusiaan dan sebagainya. Kalau kita lihat beberapa perkara dalam Statut Rom ini ia menyentuh kepada peri pentingnya menjaga hak, peri pentingnya kita tidak buat pembersihan etnik, jenayah perang dan sebagainya.
"Kalau sesiapa yang memahami Statut Rom ini, pada hakikatnya ia sesuatu yang baik, mungkin ia telah dipolitikkan dan mungkin ramai yang tidak faham isu ini. Saya kira kalau kita hendak bergerak ke hadapan, mungkin masa depan selepas ada penerangan lebih jelas di pihak kerajaan, kerajaan boleh menilai semula sama ada Malaysia bersesuaian untuk menandatangani Statut Rom ini.
"Saya kira paling penting semua pihak, rakyat awam, mahasiswa, ahli politik dan sebagainya secara tuntas dan lebih teliti melihat apa itu sebenarya Statut Rom supaya ia membantu dalam kita memberikan nasihat kepada kerajaan dalam isu ini," jelasnya.
Sebelum ini, Ketua Gabungan Pembebasan Akademik Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Asheeq Ali Sethi Alivi mempersoalkan mengapa kajian Statut Rom dijalankan secara sulit tanpa diketahui oleh masyarakat.
Asheeq Ali dan lapan rakannya turut mendakwa hujah-hujah rumusan itu bersifat berat sebelah kerana hanya mempersoalkan sebab Majlis Raja-Raja perlu menolak perjanjian antarabangsa itu.
Pada Isnin, sebuah portal melaporkan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata status empat ahli akademik yang menjalankan kajian berhubung perjanjian antarabangsa Statut Rom Mahkamah jenayah Antarabangsa (ICC) akan dibincangkan kementeriannya.
Bagaimanapun, Nie Ching kemudian menjelaskan kenyataannya tersalah lapor kerana dia sebenarnya merujuk kepada kenyataan kumpulan aktivis pelajar yang mendedahkan imej dokumen itu.
Wan Syamsul Amly
Tue Apr 09 2019
AHMAD MARTADHA: Apakah pula kesan kesan baik jika negara menandatangani perjanjian Statut Rom? -Gambar Sinar Harian
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Bersuhabat dalam genosid: PM Australia Albanese dirujuk ke ICC
Birchgrove Legal, yang memfailkan kes itu berkata Albanese adalah pemimpin pertama negara Barat yang dirujuk kepada ICC di bawah Perkara 15 Statut Rom.
Armenia rasmi jadi ahli penuh Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Armenia pada Khamis secara rasmi menjadi ahli penuh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Peguam Perancis berkata terdapat bukti mencukupi untuk ICC keluar waran tangkap ke atas pegawai Israel
Peguam Perancis Gilles Deversberkata terdapat bukti kukuh untuk mewajarkan waran tangkap dikeluarka n ke atas pihak berkuasa Israel.
Pusat Pendidikan Berterusan UM wujudkan simulasi sidang ICC bicarakan jenayah Israel
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UM) mengambil insiatif mewujudkan simulasi persidangan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bagi mengupas dan membicarakan isu jenayah rejim Zionis.
MyAQSA bakal kemuka bukti kekejaman Israel kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Duta Palestin ke Malaysia melihat tindakan itu sebagai sebahagian daripada komitmen Malaysia untuk membela nasib rakyat Palestin yang tertindas
Halang bantuan ke Gaza mungkin jenayah di bawah ICC
Israel perlu melakukan usaha yang boleh dilihat tanpa berlengah untuk memastikan orang awam menerima makanan asas dan ubat-ubatan.
CENTHRA tuntut ICC keluar amaran tegas terhadap kekejaman Israel
Mahkamah Jenayah Antarabangsa didakwa kurang tegas dalam usaha menamatkan keganasan yang semakin memuncak di Palestin.
Presiden ICC tersenarai antara individu dikehendaki di Rusia
Hofmanski Piotr dikehendaki di bawah artikel Kanun Jenayah Persekutuan Rusia.
ICC tolak rayuan Filipina sekat siasatan perang dadah Duterte
ICC menolak rayuan Filipina terhadap siasatan mahkamah mengenai "perang melawan dadah" bekas Presiden Rodrigo Duterte.
Ahli Parlimen Gaza fail aduan kepada ICC berhubung tindakan Israel
Mereka melantik peguam dari Perancis, Gilles Duvier, untuk memfailkan aduan kepada pendakwa ICC.