Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah menekankan keperluan semua agensi di bawah kementeriannya menubuhkan jawatankuasa tender dan audit bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan geran.
Bercakap pada perjumpaan bersama pengerusi, ahli lembaga pengarah dan ketua pegawai eksekutif agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), di sini hari ini, beliau berkata jawatankuasa perundangan juga perlu diwujudkan bergantung kepada kesesuaian di agensi masing-masing.
Dari segi keanggotaan, katanya, selain wakil agensi, setiap jawatankuasa berkenaan perlu mempunyai wakil dari kementerian dan pakar dalam bidang berkaitan.
"Had bidang kuasa juga perlu dipatuhi, misalnya, pengerusi lembaga pengarah tidak boleh mempengerusikan jawatankuasa tender atau audit. Ini contoh yang paling mudah, norma biasa," katanya.
Dalam aspek kelulusan geran, beliau berkata kriteria permohonan yang ditetapkan perlu inklusif bagi memastikan setiap segmen masyarakat diambil kira seperti gender, etnik, golongan minoriti serta Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
"Kita juga perlu memastikan golongan muda mendapat peluang saksama. Ada waktunya mereka berhadapan banyak kekangan yang menyebabkan mereka sukar untuk mendapatkan geran, jadi jangan kita menyukarkan mereka," katanya.
Mengenai Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) melibatkan agensi di bawah KKMM, Saifuddin berharap peruntukan di bawah pelan itu digunakan secepat mungkin mengikut tatacara sebaik-baiknya.
Pada perjumpaan tersebut beliau turut menekankan mengenai kepentingan hubungan rapat antara agensi dengan KKMM bagi memastikan tidak berlaku salah faham atau pertindihan kerja antara agensi.
"Kerja kita ada masa bertindih, contohnya apabila kita bercerita soal keselamatan siber, pelbagai agensi terlibat seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), CyberSecurity Malaysia dan lebih daripada satu bahagian di kementerian terlibat juga. Jadi kita harus memastikan hubungan akrab antara KKMM dan agensi-agensi," kata Saifuddin.
Beliau berkata pengerusi dan ahli-ahli lembaga pengarah juga perlu mempunyai hubungan akrab dengan pihak pengurusan agensi bagi memastikan tadbir urus yang cekap.
Dalam pada itu, Saifuddin turut berharap semua agensi di bawah kementerian memberi perhatian kepada Pelan Strategik KKMM 2019-2029 bagi merealisasikan pelan itu sebagai sebuah keluarga yang besar.
"Pelan strategik KKMM adalah pelan strategik setiap satu daripada agensi yang bernaung di bawah KKMM," katanya.
Perjumpaan itu dihadiri oleh pengerusi, ahli lembaga pengarah dan ketua pegawai eksekutif dari tujuh agensi di bawah KKMM iaitu Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), SKMM, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Malaysia Network Information Centre (MYNIC), CyberSecurity Malaysia dan My Creative Ventures.
Antara yang hadir ialah Pengerusi BERNAMA, Suhaimi Sulaiman, Pengerusi SKMM, Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarang BERNAMA, Datuk Mokhtar Hussain.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 17 2020
Saifuddin berharap semua agensi di bawah kementerian memberi perhatian kepada Pelan Strategik KKMM 2019-2029 bagi merealisasikan pelan itu sebagai sebuah keluarga yang besar. -Foto BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Senarai TSC FBI: MyCare sedia diaudit, pastikan ketelusan sumbangan
MyCare sentiasa bersedia untuk menjalankan pengauditan bagi memastikan ketelusan dalam pengurusan dana kutipan derma.
Najib keluarkan surat tiada keperluan audit 1MDB - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin, 37, yang juga pegawai penyiasat kes 1MDB berkata surat itu dikeluarkan pada 22 Disember 2009.
Perak wujud pasukan petugas audit penubuhan taska di tempat kerja
Ia menyasarkan semua pejabat kerajaan seluruh negeri meliputi pejabat daerah dan tanah, majlis daerah, perbadanan, IPT dan hospital.
Pastikan peralatan sukan sekolah diaudit, jamin keselamatan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan akan memastikan setiap peralatan sukan di sekolah diaudit bagi menjamin keselamatan murid ketika menggunakannya.
Koperasi diingat laksana audit
Kegagalan mematuhi perkara itu akan menyebabkan koperasi hilang kelayakan untuk mendapatkan kemudahan yang ada di bawah SKM.
'Jangan hanya audit selepas projek selesai' - Akhbar Satar
Antara cara yang efektif dalam mereformasi kelemahan berkaitan ketirisan ini ialah mengadakan audit ketika projek masih berjalan.
Serba Dinamik terbit laporan tahunan pada 6 Jan ini
Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) akan menerbitkan laporan tahunan 2021 menjelang 6 Januari.
Audit: Permohonan bantuan penyelenggaraan sekolah perlu melalui JPN
Tidak boleh dikemukakan secara terus oleh pihak sekolah bagi memastikan penilaian teknikal dan kos munasabah.
Cuai, langgar kontrak: 1MDB, kerajaan saman rakan kongsi KPMG US$5.6 bilion
Kesemua plaintif menamakan rakan kongsi KPMG yang dilantik sebagai juruaudit 1MDB antara 15 Sept 2010 dan 10 Jan 2014, sebagai defendan pertama hingga ke-44.
MoF sahkan tindakan undang-undang difailkan terhadap rakan kongsi KPMG PLT
Kementerian Kewangan (MoF) pada Jumaat mengesahkan writ dan pernyataan tuntutan telah difailkan terhadap 44 rakan kongsi KPMG PLT pada 6 Julai, 2021.